Jemputan “Jom Ronda Melaka” dari KBTBB pada Sabtu, 2 Mei 2009 : Update!


jom-ronda-melaka

Basikal Malaya ingin menyampaikan jemputan khas dari Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) Melaka untuk menjemput semua sahabat-sahabat basikal tua di Malaysia untuk turun bersama-sama menyertai acara kayuhan “Jom Ronda Melaka”. Acara ini akan diadakan pada hari Sabtu 2hb Mei 2009 bermula di Kg Batu Berendam, Melaka.

BTW… bila kali terakhir kita kayuh basikal tua? Sayang kalau ada basikal tua tapi tak join aktiviti seperti ini. Justeru itu, jom ler kita ramai-ramai turun menyertai acara tersebut. Maklumat lanjut sila layari http://basikal-melaka.blogspot.com 

 Berikut adalah maklumat terkini mengenai acara kayuhan “Jom Ronda Melaka”.

Tarikh Sabtu, 2hb Mei 2009
Masa    3:00 petang – 10:30 malam
Tempat Mula Bengkel KBTBB, Kg. Batu Berendam
Laluan Kg. Batu Berendam – Jln. Peringgit – Hotel Ramada – Bangunan Merah/Jam Besar – Jonker Walk – Jln. Kg. Hulu – Kg Morten – Up Town – Menara Taming Sari – A Famosa – Banda Hilir – Jln. Hang Tuah
Tempat Rehat Bangunan Merah – Makan Cendol (sponsored by KBTBB)
Tempat Berakhir Bengkel KBTBB, Kg. Batu Berendam
Jamuan Makan Malam KBTBB 8:00 malam di Warung Kg. Batu Berendam – Persembahan Dondang Sayang (LIVE), Muzikal Ghazal (LIVE), dan irama 60an.

Basikal Malaya menyokong “Jom Ronda Melaka”. Hidoplah basikal tua di bumi Malaya Merdeka!

9 Responses

  1. Salam,

    Sayang sekali saya tidak dapat menyertai aktiviti kayuhan ini. Namun begitu saya tetap menyokong aktiviti seperti ini dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi hobi ini untuk di minati oleh semua masyarakat. Kepada semua kelab-kelab atau orang perseorangan hadirlah untuk memeriahkan lagi program ini.

    Nostalgia Warisan Silam

  2. nantikan kemunculan trangquerah club

  3. Sanim,
    Tak pe bro. Lain kali boleh join. Bila dah jadi orang Melaka nanti…tiap2 hari ko bleh kayuh…paling penting ko support program seperti ini…daripada ada basikal tapi x pernah kayuh. Yerlah masing2 ada hal…aku pun ada hal gak…heheee. Jangan maraa aaaa… aku update komen nie dari Tanjong Benoa, Bali🙂

    Adanx,
    Kami satu Malaya tunggu anda dan kemunculan kelab anda di Batu Berendam dan di blog. Welcome aboard🙂 Moga meriah lagi komuniti basikal tua di Malaya🙂

  4. salam,
    slmt berbulan madu sahabat ku ikhwan,aku hang blk
    sanim hang tak dapat kali tak ape,lepas ni kita buat lagi gempak ok.

  5. Assalammualaikum…..
    Boleh join ke kayuhan ini,macam mana nak join.

  6. Selamat berkayuh saya ucapkan, tapi jgn lah sampai jadi riak pasal klau kita riak buat benda yg berfaedah pon jadi tak faedah, pada yg ada basikal klau tak join pon tapa kot, bukan niat nak simpan tapi mungkin pakai waktu-waktu tertentu contohnye ke surau, masjid, pekena teh tarik, ronda dengan anak ambil angin ok yg penting sederhana atau low profile

  7. MATAIR,
    Kalau Sdr berminat nak join boleh hubungi Sdr Jebat di talian +6017 639 7119 atau hubungi saya (Ikhwan)di talian +012 934 3953. Jumpa saudara di sana🙂

    nizamkayuhje,
    Terima kasih atas komentar Sdr…saya terima nasihat Sdr tu dengan hati terbuka. Masing-masing mungkin punya cara tersendiri untuk memertabatkan hobi basikal tua ini. Saya hormati cara saudara itu. Maaf kalau cara penulisan saya menyinggung perasaan mana-mana pihak.

    Segala maklumat dan info yang ada adalah bagi tujuan perkongsian (sharing) dan hebahan, tiada langsung niat untuk menunjuk-nunjuk (riak). Bagi saya hanya di blog kita mampu merubah persepsi dan membuka minda untuk membangun dan memajukan hobi basikal tua ke tahap yang lebih tinggi. Hanya itu cara yang mampu saya sumbangkan untuk hobi basikal tua ini🙂 Selebihnya terserah.

  8. Salam……
    Bagus la kalau bloger-bloger buat aktiviti-aktiviti yang sehat untuk kita sama-sama kembalikan kenangan silam yang mangkin dipinggirkan ini. Saya rasa tak salah kita beriadah sambil untuk sehatkan badan.

    Kalu ade basikal, tapi tak kayuh pun nak buat ape, ini lah masanya kita berkayuh, setelah kita berpenat membuat basikal yang kita idamkan ini. Kita nak puaskan hati orang bukannya senang, betul tak Sdr Ikhwan…..

  9. Salam.
    Orang Temerloh hanya dapat mengucapkan Selamat berbasikal dan semuga semua bergembira dan cuaca baik hari itu.

    Maaf kali ini kami tidak dapat bersama kerana beberapa program kenduri dan mesyuarat.
    Walaubagaimanapun hati kami tetap bersama rakan rakan.

    Semuga sukses semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: