Acara Kayuhan Nostalgia Basikal Tua di Putrajaya


Aksi Machoo pemilik Harley Davidson Malaya (basikal tua) enjin kayuhan dua kuasa kaki sendiri manusia

Aksi Machoo pemilik Harley Davidson Malaya (basikal tua) enjin kayuhan dua kuasa kaki sendiri manusia

KBTBB menuruni bukit PICC... menuju balik ke Dataran Putra

KBTBB menuruni bukit PICC... menuju balik ke Dataran Putra

KBTBB beraksi di Putrajaya - misi tercapai dan terlaksana!

KBTBB beraksi di Putrajaya - misi tercapai dan terlaksana!

Foto kenangan untuk Acara Kayuhan Basikal Tua sebagai kumpulan pertama melakukannya di Putrajaya

Foto kenangan untuk Acara Kayuhan Basikal Tua sebagai kumpulan pertama melakukannya di Putrajaya

Saksikan foto-foto dan aksi-aksi menarik di  https://basikalmalaya.wordpress.com/photo-gallery/ atau klik pada butang “Photo Gallery” di atas.

Putrajaya – Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) dari negeri Melaka telah berjaya mengadakan satu acara kayuhan di sekitar Putrajaya pada 26hb Januari yang lalu sebagai satu usaha simbolik untuk menghidup dan melestarikan kembali nostalgia basikal Tua di Malaysia. Sebanyak 22 buah basikal tua dari jenis Raleigh, New Hudson, BSA, Robinhood dan Hercules dari era 40an – 60an telah menyelusuri Dataran Putra sehingga ke PICC. Ahli-ahli KBTBB yang berpakaian lengkap berkonsepkan era 50an – 60an telah berjaya mencuit hati dan perhatian pengunjung sehinggakan ada yang sanggup bergambar dan cuba merasai pengalaman mengayuh basikal tua.

Secara keseluruhannya acara ini telahpun mencapai objektif utamanya iaitu sebagai satu usaha untuk menghidup dan melestarikan kembali nostalgia basikal Tua. Justeru itu, saya mewakili KBTBB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kosmo, NST/BH, dan Utusan Malaysia terutamanya kepada wartawan dan jurugambar kerana sudi datang membuat liputan acara kayuhan tersebut. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada En. Azhar, En. Abd. Samad dan Lt. Col. Mohamad Azudin yang sudi menyambut kedatangan dan mengiringi kami sepanjang kayuhan sehingga tamat serta sahabat blogger Nostalgia Basikal Tua (NBT) Sdr. Sanim yang sentiasa memberikan sokongannya dari jauh nun di Kota Marudu, Sabah. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan dari Shah Alam (Farid), Port Klang (Along), Sdr. Ijass (blog basikal.wordpress) selaku jurupandu serta sahabat baik saya En. Azmi/Mot dan isterinya Puan Kurnia yang sudi datang untuk bersama-sama memeriahkan acara.

Akhir sekali, saya mewakili KBTBB memohon maaf seandainya ada kesilapan dan yang terkurang sepanjang menganjuran acara ini berlangsung. Diharapkan akan ada acara-acara yang lebih besar dapat dirancang untuk kita bersama-sama turut serta dan menyokong acara kayuhan seperti ini di masa hadapan.

 

Untuk melihat photo-photo menarik sila layari http://en.netlog.com/ijass/photo/setid=249568

 

Terima Kasih dan Salam Hormat – Mykyocera

13 Responses

  1. Sdr Ikhwan,

    1. Laluan yang dicadangkan:
    a) Mula dan Tamat : Dataran Putra.
    b) Laluan : Dataran Putra – Jambatan Putra – Dataran Putrajaya – Dataran Rakyat – Dataran Gemilang – Jambatan Seri Gemilang – PICC (Ulang-balik).
    c) Perhentian Rehat : 1. Kompleks Istana Keadilan (Mahkamah) 2.PICC 3.Kompleks Perbadanan Putrajaya.
    d) Jarak : 11.5 km, Kliks Peta Laluan

  2. semoga sukses acaranya….

  3. Saya rasa berbanga pada hari ini kerana dapat turut serta dalam aktiviti berbasikal tua di PutraJaya. Hari ini dalam sejarah saya menyertai kayuhan basikal tua di PutraJaya,disana saya dapat jumpa kenalan sahabat2 baru basikal tua. Akhir kata jikalau ada apa2 aktiviti berbasikal klasik sila hubungi saya farid 0172567686 @ 0133309747….. Okey bye!!!!!!!!!!!! Jumpa lagi!!!!!!!

  4. KBTBB telah berjaya merealisasikan impian berkayuh di Putrajaya. Mereka puas hati pada hari tersebut, jalanraya sepanjang Dataran Putra ke PICC…mereka yang punya, tiada gangguan lalulintas… cuma sesak agak luarbiasa di Dataran Putra. Saya harap mereka pulang dengan selamat dan tidak berendam air mata lagi🙂, kecuali yang tidak dapat turut serta pada hari tersebut.
    Kayuhan tersebut mendapat kerjasama dari ahli PERs yang bertindak sebagai petunjuk jalan dan keselamatan. Terima kasih Sdr Samad, Azhar dan MBA.
    Jumpa lagi.

  5. Tahniah korang semua atas program Putrajaya tu.
    Salam Aly Kum. Nak join geng beskal tuwe ni leh tak?

    haku fun baru je berminat ngan beskal tuwe ni.
    baru dapat sebulan ni..Brand 7 up tahun c 1960. Beskal Jantan Balak. Repair + alat ganti+tambah habis 120.00 hinggit
    Hari 260109 tu haku gi Janda Baik bawak sekali naik Ranger dan melalaw ngan beskal tu ..Ramai tegur dan jelos ngan beskal tu..huyooo..bukan senang nak carik beskal lama le ni.

    Semalam baru je dapat beskal Raleigh tahun 1963
    Model Jantan jugak. Bayar 80 hinggit kat orang tua tu
    berkarat lama tak pakai gak gak 7 tahun tergantung bawah umah tengah pebaik semula. Ni tengah gila ngumpul beskal lama. Carik info Raleigh jumpa site ni

    Tahniah semua.

  6. Tahniah KBTBB kerana berjaya menganjurkan acara yang cukup prestij untuk penggemar sepeda tua. Kami di selatan tanahair (Johor) cukup berbangga dengan kayuhan tersebut. Pastinya meriah kerana ada jelmaan Saloma pada kayuhan tersebut. Jangan lupa uploadkan berita tersebut di dalam blog bila terpapar di dada akhbar. maklum ler… kami di Johor tak dapat liputan akhbar untuk KL atau Melaka. Tahniah sekali lagi.

  7. Acaranya sangat meriah, selamat ya. Semoga ke depan acara bersepeda ontel lebih semarak lagi.

  8. Salam utk semua,
    Ribuan terima kaseh kepada semua yg telah menjayakan acara kayuhan di putrajaya, terutama Sdr Ikhwan, Cikgu Ijass yg bersusah payah utk KBTBB, saya mewakili kelab merasa terharu ape yg dihajati telah terlaksana, walaupun selama ini byk ringtangan dan halangan yg kami telah lalui utk menjayakan acara ini. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar tanpa halangan.

    Ribuan terima kaseh pd jelmaan Saloma (Anneacasia), anda amat mencuit hati kami semua. Pd PER (Putrajaya Easy Rider) ribuan terima kaseh byk2 kerana anda menjaga kami di waktu kayuhan sebagai sweeper.

    Utk bro Sanim (NBT), klu hang ade lg best bro.
    Sdr Ikhwan dan Cikgu Ijass.. jasa anda amat kami hargai, moga kita berjumpa lg di kayuhan akan dtg, kita akan ke Penang, Insyallah.

    Terima kaseh sekali lg utk Along dari Port Klang, Fared dari Shah Alam dan juru gambar Kosmo/Utusan dan NST. Wsalam.

  9. Sdr Jebat,

    Kalau ada masa dan ingin berkayuh di Putrajaya, sangatlah dialu-alukan, saya dan anggota PERs sedia menanti bila-bila masa. PERs mengadakan kayuhan setiap malam Isnin, Rabu dan Jumaat serta kayuhan pagi Sabtu. Tentang laluan boleh diatur jika ingin yang lebih mencabar, walaubagaimanapun di sini kita Raja Jalanraya terutama laluan di Dataran Rakyat.
    Pada 8 Mac 2009 diadakan Kayuhan Sawah Padi di Tanjung Karang anjuran PERs sejauh lebih kurang 50 km, Dijemput hadir, tempat tinggal saya tanggung ala kadar seadanya.

    Wassalam

  10. Best! Tengah tunggu bila la nak keluar Kosmo! hehe

  11. Hebat….

  12. Pictures Tell a Thousand Words🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: