Pertandingan Basikal Antik Terbuka – D’Ambang Klasik Melaka 2008


Salam Sejahtera dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 kepada semua tetamu blog Basikal Malaya yang setia.
Bermulanya tahun baru 2009 pasti ramai diantara kita mempunyai azam dan resolusi serta semangat yang baru. Blog Basikal Malaya juga tidak ketinggalan dengan azam baru 2009 iaitu untuk memantap dan memperkemaskan lagi isi kandungan dan persembahan visual yang berkualiti untuk tatapan tetamu blog BM. Azam peribadi penulis ialah untuk menambahkan koleksi basikal dan terus mencari/memburu khazanah basikal tua disamping menimba ilmu/pengetahuan dan pengalaman di Nusantara .
Sebagai permulaan dan membuka tirai 2009, penulis sempat merakamkan sedikit gambar-gambar sewaktu menyertai dan memeriahkan acara D’Ambang Klasik Melaka 2008 pada hari Ahad, 28hb Disember yang lalu. Kelab Vespa MASTANA (Masjid Tanah) selaku penganjur telah berjaya menganjurkan pertandingan Motosikal Klasik, Vespa, dan Basikal Antik bertempat di Up-Town Melaka pada tarikh tersebut. Walaupun pada mulanya terdapat 3 kategori untuk pertandingan basikal bakal dipertandingkan iaitu, Kategori Basikal Antik Original, Kategori Basikal Cantik, dan Kategori Basikal Ubahsuai tetapi akhirnya hanya satu Kategori sahaja dipertandingkan iaitu Basikal Antik Terbuka. Walaupun terdapat sedikit kekurangan darisegi maklumat dan cara pengadilan dari pihak penganjur namun usaha memertabatkan warisan dan khazanah klasik/antik wajar diberikan pujian kepada mereka. Sesungguhnya menang dan kalah sudah menjadi adat pertandingan. Salam Hormat – Mykyocera.
Pertandingan Basikal Klasik Terbuka anjuran MASTANA

Pertandingan Basikal Antik Terbuka anjuran MASTANA

14 Responses

  1. Salam, bro sorryah aku tak dapat turut serta dalam pertandingan sebab basikal aku tak kilat. Hahaha doakan aku selamat sampai ke Sabah.

  2. Acara Kombinasi yg cantik , selamat Bung atas acaranya ya..!!

  3. siapa yg jadi champion nya bro ?

  4. adminNBT,
    TQVM atas khidmat nasihat…kalaupun kau kena balik awal aku tetap puas hati..heheee…hanya jauhari yang mengenal manikam🙂 Selamat mengajar di negeri di bawah bayu🙂

    sektor2kemayoran,
    Terima kasih…nanti saya akan kirimkan photo-photo sepeda saya buat kamu sedikit masa lagi. Acara tersebut sebenarnya untuk Vespa dan Motosikal…sepeda/basikal hanya sampingan aja.

    wong-cilik,
    Championnya adalah basikal BSA perang orisinil yang dibawa/diimport dari Amerika oleh pemiliknya. Tempat kedua Raleigh Hijau (saiz tayar 28″ lelaki) dan tempat ketiga dimenangi oleh sepeda BSA Purple (saiz tayar 28″ lelaki). Pertandingan diadili oleh pengadil dari Kelab Vespa MASTANA dan bukan dari pengadil komunitas sepeda/basikal.

  5. Bro..punya km tak menang ka…wah padahal punya km best lah..

  6. Wah acaranya menarik…salut.

  7. Dengan ontel kita sambut tahun baru 2009 yang lebih cerita.

  8. saje nak tahu adakah pertandigan ini khas untuk basikal atau vespa pasal juri untuk basikal dipilih dari ahli vespa

  9. salut buat BSA Army lipatnya….wajar kalo menang…
    tapi..sepeda yang lain juga bagus-bagus..salam dari Pontianak

  10. BSA orisinil….is GOOD…🙂

  11. Kayuhan Putrajaya Anjuran Kelab Basikal Tua Batu Berendam

    Tarikh : 26 Januari 2009 (Isnin- Sempena Cuti Tahun Baru Cina)
    Masa : 3.00 petang
    Jarak : 20 km
    Lokasi Himpun : Dataran Masjid Putra

    Semua geng basikal tua dijemput hadir

  12. Tahniah kepada penganjur.
    semoga ada lagi pertandingan seperti ini dimasa akan datang.

    Mat sarip
    petaling jaya.

  13. cantik……rapih…..terkoordinir…….
    salam dr BOC (buitenzorg ontel club)

  14. Hi, kepada sesapa yg ada motor , vespa dan kereta antik era 60an, 70a, 80an, sila email kepada saya. saya memerlukan untuk shooting drama 13 episod yg bertajuk “Jalan Merdeka”. kerjasama anda sekelian amat saya hargai. sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: