Raleigh Special Gentleman 28″ (New Old Stock)


Pose kenang-kenangan dari Sdr. Sanim dari blog NBT bersama Raleigh Special

Salam Sejahtera buat tetamu-tetamu blog Basikal Malaya,

Sebelum berakhirnya tahun 2008 saya sempat menyiap dan membangunkan sebuah lagi basikal Raleigh Special (NOS) Gentleman ukuran 28″ pada Sabtu, 20hb December yang lalu. Hasrat dan impian untuk memiliki sebuah basikal jenis Raleigh ini telahpun berputik semasa saya melihat gambar-gambar basikal Raleigh milik Saudara Sanim dan Saudara Ijas (bro gerek) di blog mereka pada awal tahun yang lalu. Saya begitu teruja dan kagum melihat gambar-gambar tersebut dan Alhamdulillah kini …dan akhirnya berjaya juga saya milikinya.

Walaupun basikal tua jenis Raleigh ini popular di Malaysia dan kedengaran seakan-akan mudah untuk mendapatkan barang-barangnya tetapi sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira antaranya faktor harga yang tinggi dan kesukaran mendapatkan spare part yang original akibat kepupusan. Menariknya, pada minggu lalu Saudara Sanim sempat singgah untuk menjenguk koleksi dan basikal tua di rumah saya dan beliau banyak membantu saya di dalam melengkapkan dan membangunkan basikal ini.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua tetamu blog Basikal Malaya yang sentiasa datang berkunjung dan memberikan komen-komen yang bernas dan membina.  Salam Hormat dan Selamat Menyambut Tahun 2009 kepada semua sekali lagi – PEACE! – Mykyocera.

Raleigh Special dan enamel signboard Raleigh 3 bahasa

Raleigh Special dan enamel signboard Raleigh 3 bahasa

Raleigh Special ukuran 28" untuk lelaki

26 Responses

  1. Anda bener-bener mempunyai koleksi yang cantik-cantik pakcik …
    http://sepedaonthelkebo.wordpress.com/

  2. TAHNIAH bro…akhirnya raleigh kamu selesai juga. Sanim km kacak sangat sama raleigh tu…tp sayangnya masih kalah kacaknya dengan si raleigh..he..he..peace bro

    To Ikhwan ;

    Selamat tahun baru bro…salam untuk keluarga km. aku tunggu km di jakarta.

    To Gerekers malaysia :

    Keep riding bro….semoga virus basikal tua akan lebih ramai lagi.

    TQVM

  3. Keren mas basikalnya, tinggi banget ya..

  4. Dah ada tu, bila nak kayuh……….marilah kita try kayuh kat Putrajaya. Tempatnya bagus dan tidak terlalu sibok, senang nak kumpul. PCM cuma sebulan sekali, kita kayuh hari lain.

  5. sepeda yang gagah…di borneo banyak juga sepeda yang sama….Raleigh…memang mantap….bila setting tinggi setang dan jok pas….rasa genjotnya….nikmat sekali…

  6. Salam semua, untuk pengetahuan sahabat-sahabat di Indonesia. Ukuran basikal/sepeda disini mengikut ukuran saiz tayar/ban. Jadinya ukuran basikal Mykyocera jika mengikut ukuran di Indonesia adalah ukuran 24″.

  7. cayalah bro,

    lu dapat semua best2….jeles aku…mintak satu boleh..

    Sanim, lu memang macam samseng la…siap bareta lagi..sekali pandang macam orang irish, made in mana bareta hang…tu?

  8. Dimana saya bisa dapat aksesoris raleigh, pompa tangan dan bell nya?….kalo bersedia email saya…terimakasih infonya…saya tunggu.

  9. salam bro, cantik nya basikal bro tuu, meleleh air liur tengok hehehe, cuma nak tanya kat mana saya boleh dapat stiker raleigh tu??? berminat ni. macam mana nak dapat part2 basikal tu semua.

  10. Gupliex,
    Terima kasih..pak. Bukan sekedar cantik…paling pentingnya orisinil pak🙂

    Laexs,
    Insyaallah pasti kita akan ketemu lagi pada tahun 2009 ini…isteri saya akan ke Jakarta pada Februari nanti…ada titipan buat kamu nanti. TQVM for your advice and support.

    Onthelclassic,
    Itu ukuran saiz tayarnya 28″ kalau bodynya memang udah tinggi bangat gitu.

    Cikgu Ijas,
    26hb Januari nanti akan diadakan kayuhan di Putrajaya hope Cikgu Ijas boleh turut serta join kita orang…infonya akan diumumkan kelak…tunggguuuu.

    Mat Tahir,
    Boleh…takde salahnya kalau ada lebih. Nanti aku bagi satu yang extra…dah jumpa yang mint belum?

    Hasyim Ashari,
    Selamat datang ke blog BM…Insyaallah semuanya elok-elok belaka🙂

    andhy / ajid,
    Saya akan email infonya sedikit masa lagi…saya sibuk sedikit dengan tugasan kerja…TK.

  11. Terima kasih tuan tanah, harap dapat berikan infonya kerana saya baru berjinak2 membangunkan sebuah raleigh juga, banyak lagi yang saya belum tahu mengenai basikal tua ini kerana baru 2 bulan mengenali hobi ini.

  12. merujuk kepada gambar dibawah, sticker distributor basikal – robinson tidak sepatutnya diletakkan disitu. adakah body basikal ini NOS? ataupun direstore semula?

    JAWAPAN :
    Terima kasih di atas soalan dan komen saudara. Raleigh Special itu benar-benar New Old Stock (NOS) dan tiada sebarang kerja2 restorasi semula dilakukan. Cat dan sticker pada basikal tersebut adalah seperti mana asal (orisinil) sewaktu ianya dijumpai di dalam stor penjual. – Mykyocera

    sebagai seorang kolektor, saya agak musykil kerana ini kali pertama saya melihat sticker robinson diletakkan betul2 dibawah pam tangan.

    JAWAPAN : :
    Penulis tidak menolak kemungkinan berlaku kesilapan sewaktu kerja2 pemasangan pada zaman dahulu. Mungkin juga ianya ditampal pada kedudukan yang betul dan mungkin juga ianya terlebih atau terkurang dari jarak yang sepatutnya. Melalui rujukan penulis tiada sebarang standard dan spesifikasi yang dikeluarkan oleh Raleigh Industry mengenai kedudukan sebenar (jarak jitu) pemasangan sticker. – Mykyocera

    minta jawapan segera.

    JAWAPAN :
    Untuk jawapan yang lebih pasti, penulis akan membawa basikal Raleigh tersebut pada 26hb Januari nanti ke Putrajaya. Penulis akan bersama2 rakan2 dari Batu Berendam, Melaka akan ke sana untuk berkayuh sekitar Putrajaya sebagai menyokong usaha memartabatkan warisan basikal tua di Malaysia. Di sana nanti saudara bolehlah lihat dengan lebih dekat stiker itu dan barang2 yang ada pada basikal tersebut. Terima kasih atas keprihatinan saudara dan berharap benar agar dapat berjumpa saudara di sana🙂 Salam hormat – Seeing is Believing – Mykyocera

    Maklumat terkini!
    Sila klik pada gambar basikal di blog Jeng!Jeng!Jeng! stiker Robinson nya juga ditampal di bahagian bawah pam tangan kalau tak silap http://2.bp.blogspot.com/_xzyMgltEA3c/SU56rjoLe1I/AAAAAAAAAlc/7gOFUtYOsyI/s1600-h/DSCN1755.JPG – Mykyocera.

  13. Ajid,
    Insyaallah…kalau ada rezeki tu tak ke mana. Saya dan rakan-rakan akan cuba membantu saudara untuk membangunkan Raleigh tersebut.🙂 Alhamdulillah bertambah lagi seorang peminat dan pencinta basikal tua di Malaya.

  14. Semoga kita dapat sama-sama berkongsi pengetahuan sesama peminat hobi ini. Yang kurang ditambah yang lebih semakin matang.

  15. Terbaca saya pada komen saudara fifty50,
    setahu saya yg baru juga main basikal…memang betullah kedudukan stiker distributor tu dibawah pump. Ini dari pengalaman sayalah.

  16. terima kasih semua, basikal saya body je raleigh semua otai2 basikal kat sini basikalnya kok power2 bangat, malu saya. tapi sekurang kurangnya saya sudah boleh kayuh basikal saya walaupun banyak barang baru yang tak ori.hehehehe

  17. bila bersedia tolong bantu saya mendapatkan aksesoris raleigh, bell, pompa tangan dan lainnya….email saya andhy_andri@yahoo.co.id….terimakasih sebelumnya….info..saudara sekalian sangat berguna untuk saya melengkapi aksesoris dan orisinalitas raleigh saya

  18. Salam Sdr mykyocera,

    Saya sedang membangunkan(restorasi) Raleigh 28′ gentlemen, boleh kasi info kat mana nak dapatkan seat Brooks and loceng lucas ?..tk wassallam.

    OldSchool Fai
    KL

  19. Saudara boleh email saya di mykyocera@gmail.com saya ada extra 2 seat brooks dalam simpanan. Loceng Lucas saya cuba carikan.

  20. Tahniah Bro dan saudara KM.
    Saling bantu membantu diantara rakan sealiran. pastinya banyak kos yang telah dibelanjkan untuk menghasilkan sebuah basikal yang grand macam tu. Kira je dari hujung hendle hingga tail light.

  21. bagi teman teman pecinta basikal tua di malaya,saya pnya basikal merk fongers……………di jual

    bisa liat gambar di http://www.bangkaisepeda.blogspot.com

    minat boleh di email soebardjos@yahoo.co.id

    salam

  22. Tahniah elok nian itu basikal, kalau di sini basikal itu ukurannya 22″, ukuran yang banyak dipakai oleh orang Indonesia karena sesuai dengan ukuran tubuh orang Indonesia umumnya. Thanks.

  23. wah raleigh yang sangat tampan……pasti lama developnya ya pak cik……….. oya temen2 serumpun,saya sedang develop Sunbeam tapi masih kekurangan karet pedal dan sadel.kalau temen2 bisa bantu tlg hubungi saya di spirit_hati@yahoo.com…di tunggu ya..salam buat saudara serumpun..

  24. Pak Soebardjos, Pak Subandi dan Pak Spirito,

    Selamat datang ke blog Basikal Malaya. Terima kasih diatas info dan komentar serta pertanyaan yang diberikan. Saya akan hubungi kalian buat waktu terdekat nanti. Kalau ada rezeki kapan kita ketemu di sana🙂

    Mykyocera.

  25. salam, saya amat seronok menatap basikal raleigh yg amat kemas itu;) saudara saya juga amat meminati basikal raleigh dan sedang membaik pulih basikalnya (90%). namun beliau masih x jumpa stiker original untuk basikalnya. bolehkah saudara bantu di manakah mahu mendapatkan sticker basikal tersebut (harap2 di area lembah klang). harap dapat membantu dgn emel infonya ok. terima kasih byk2. maju padu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: