Welcome & Selamat Datang ke Blog Basikal Malaya


Selamat Datang ke blog Basikal Malaya (BM).
Welcome to Basikal Malaya Blog.

Terima kasih di atas lawatan anda ke laman web ini. Blog Basikal Malaya (BM) ini didedikasikan khas buat teman-teman, peminat dan pencinta Basikal Tua terutamanya di Malaysia, Indonesia, Asian, dan di mana saja di dunia. Laman blog ini telah dicipta dan dilancarkan pada 17 Jun 2008. Tujuan utama laman ini dicipta adalah untuk berkongsi dan mencari pengalaman baru mengenai basikal, bicycle, sepeda, dan gerek (atau apa sahaja panggilan untuk basikal).

Melalui laman ini saya mengharapkan ramai yang berminat untuk berkongsi pengalaman, cerita, photo, dan apa sahaja yang berkaitan dengan basikal tua di Tanah Melayu atau Malaya bermula tahun 1900 sehingga kini. Pasti banyak cerita yang dapat dikongsi bersama. Jenama-jenama basikal terkenal seperti Raleigh, Hercules, Robin Hood, Phillips, New Hudson, Rudge, Triump, BSA, Ray, dan sebagainya pasti pernah didengar dan dilihat pada suatu masa dahulu.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan kembali kenangan dan nostalgia tersebut melalui laman blog ini. Semoga kita semua dapat menghayati dan menatapi kembali nostalgia basikal tua di bumi Malaya.

Salam Hormat.

Mykyocera.
18hb Jun 2008

9 Responses

  1. Syabas dengan wujud blog ini dapat kiranya pengetahuan tentang basikal dikongsi bersama. Teruskan berkarya.

    Jumpa lagi.

  2. salam saudara, baguslah macam tu. mesti tak lama lagi blog seperti ni dapat sambutan

  3. salam kenal dari Kami KOBA(komunitas Onthel Batavia)sektor 2 Kemayoran Jakarta Pusat Indonesia, Nama saya YUDIS hendak bertanya, banyak sekali koleksi saudara ini, apakah saudara ini seorang kolektor sepeda tua?,mengapa semua sepedanya belum dirakit utuh & adakah yang mau dijual>??

  4. Salam Kenal dari SGBC di Sibolga-Indonesia. SGBC adalah komunitas pecinta sepeda tua/ontel di Pantai Barat Pulau Sumatera.

    Selamat atas dibukanya web blog Basikal Malaya. Semoga web ini dapat menjadi sarana kita untuk saling berbagi pengetahuan dan menjalin tali persaudaraan di dunia ontel

    Sekalin minta ini, web Basikla Malaya telah kami taukan/link di
    http://sepedagaek.wordpress.com/

  5. Salam kenal dari saya di Pekanbaru, Riau. Sila berkunjung ke Blog palangmelayu.wordpress.com. Salam juga buat rakan gerekers di Malaysia.

  6. salam kenal juga dari MPOT2AN tangerang, banten…….

  7. saya nak tahu macam mana kita nak tahu tahun basikal itu di keluar kan …..di ipoh ada tak kelab basikal lama..sisiapa yang tahu boleh beri malumat

  8. salam dari sugiyat blog ,terimakasih coment anda diblog saya. silahkan tautkan link blogs saya http://sepedaonthelpribumi050.wordpress.com

  9. salam solidairti buat semua,
    mahu tanya ada basikal yang mahu di jual dengan harga yang berpatutan?
    yang baru mahupun second hand.
    jika ada sila hubungi saya di nombor ini 012-7123513 wak kang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: