Kehebatan Mr. GB jelajah Malaysia kayuh basikal tua


Mr. GB dalam misi perjuangannya menjelajah Malaysia

Mr. GB dalam misi perjuangannya menjelajah Malaysia

1 Misi 1 Matlamat

Mykyocera dan Mr. GB - 1 Misi 1 Matlamat

Mr. GB bersama sahabat-sahabat KBTBB

Mr. GB bersama sahabat-sahabat KBTBB di Melaka

Bagi pengunjung dan pelawat blog basikal tua di Malaysia pasti mengenali nickname Mr. GB yang selalu memberikan komen-komennya di shoutmix. Pasti ramai orang tertanya-tanya apakah maksud GB tu? Menurut beliau GB tu ialah “GAGAH BERANI”, penulis ketawa mendengar jawapan beliau sewaktu menemuinya di Kota, Negeri Sembilan setelah berjaya mengesannya untuk mendapatkan kepastian mengenai MISInya menjelajah Malaysia mengayuh basikal tua.

Penulis menerima kiriman SMS dari Mr. GB yang berbunyi “Kali nie di timpa batu bata pula, sepeda buat hal lagi, saya di Kota“. Lantaran membaca SMS tersebut penulis dan isteri terus bergegas menemui beliau di Kota untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi. Alhamdulillah kedai basikal di Kota itu telah berjaya membaiki gantang hub belakang yang pecah dan rosak teruk kerana terlalu lama dikayuh.

Penulis dan isteri sempat melawa Mr. GB untuk minum petang di gerai berhampiran dan meminta beliau terus ke Batu Berendam untuk berehat dan membaiki basikalnya. Kebetulan keesokannya penulis dan KBTBB ada pengambaran di Melaka jesteru kami menjemput beliau ke sana. Banyak juga soalan yang penulis berjaya tanyakan kepada beliau dan ternyata beliau mempunyai satu keazaman yang kuat untuk merealisasikan impiannya iaitu Menjelajah 1 Malaysia dengan berbasikal tua.

Mungkin tidak ramai yang tahu Mr. GB yang berasal dari Ipoh ini telahpun memulakan kayuhannya pada 1 Julai yang lalu dan telah berkesempatan singgah dan bermalam di beberapa lokasi antaranya Slim River, Petaling Jaya, Nilai, Batu Berendam dan khabarnya hari ini beliau akan bermalam di Simpang Rengam.

Di Melaka, Mr. GB telah disambut oleh ahli-ahli KBTBB dan diberi layanan istimewa dan bermalam di rumah Pengerusi KBTBB iaitu Sdr. Alias Omar. Seperti yang penulis janjikan kepada Mr. GB untuk belanja cendol di Melaka, ianya telah pun ditepati dan berharap Mr. GB, seronok dan gembira. Penulis pasti Mr. GB telahpun mendapat maklumat yang tepat mengenai penulis & isteri dan KBTBB setelah seharian berbasikal di Melaka.

Akhir sekali, HEBATnya Mr. GB atau nama sebenarnya Nor Izam bin Abd Latif ialah beliau tidak diiringi oleh sesiapa, tidak mempunyai basikal England yang 100% original, tidak ditaja sesiapa, tidak membawa peralatan yang lengkap. TETAPI beliau telah membawa SEMANGAT dan IMPIAN yang PALING HEBAT bersama-samanya.

Penulis YAKIN beliau akan BERJAYA dalam MISInya dan dengan semangat juang yang tinggi seperti ini pasti beliau akan menerima pulangan yang setimpal. Selamat berjaya Mr. Gagah Berani! Semoga kita akan berkayuh basikal bersama lagi. Paling penting kita KAYUH dan BERANI hadapi dugaan! – Mykyocera

p/s : Tapi bagi saya isteri saya Wawa lagi berani…beliau menjalani pembedahannya buat kali yang ke-3 dan masih boleh aktif menyokong aktiviti berbasikal di Melaka :) & masih mampu menyokong usaha Mr. GB dan KBTBB

 

 M A K L U M A T   T E R K I N I

 Mr. GB tiba di Muar. Gambar kenangan bersama "orang kuat" Kelab Basikal Klasik Muar, Johor

MMS ini dikirimkan oleh Sdr. Karim (kanan sekali) pada lewat petang ini. Mr GB bergambar bersama Naib Setiausaha (Sarjan Anuar) dan Pengerusi (Cikgu Abd Kadir Ahmad) dari Kelab Basikal Klasik Muar. Gambar ini dirakamkan selepas Mr. GB dijamu Mee Bandung Muar oleh Sdr. Karim dan khabarnya ramai yang menghulurkan sumbangan kepada Mr. GB sebagai pencetus semangat. Terima kasih orang-orang Muar terutamanya Sdr. Karim kerana sudi menerima kehadiran Mr. GB. Orang-orang Muar memang baik-baik belaka :) Malam ini Mr. GB bermalam di Parit Sulung, Batu Pahat sebelum meneruskan perjalanannya ke JB. Maklumat terkini yang diperoleh sehingga jam 9:30 mlm – Isnin 6 Julai 2009.

7hb Julai 2009 – 4:45 petang

Mr. GB bakal menakluk Johor Bahru pada hari ini setelah berkayuh melebihi 500km dari Ipoh, Perak bermula pada 1 Julai yang lalu dan hanya berehat 1 hari di Melaka. Blog Basikal Malaya ingin menjadi blog pertama yang mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan yang HEBAT ini. TAHNIAH Mr. GB kamu memang SELADANG yeop!

7hb Julai 2009 – 9.02 malam

Mr. GB diberitakan telah tiba di Johor Bahru tepat jam 9:02 malam. Ketibaan beliau telah disambut oleh rakan-rakan sepeda KSTJB terutamanya Sdr. Mofti , Sdr. Ajid dan sahabat-sahabat di sana. Untuk cerita dan berita penuh mengenai kunjugan Mr.GB ke Johor Bahru sila klik di SINI atau kunjungi blog KSTJB.

8hb Julai 2009 – 5:24 petang

Mr. GB selamat sampai ke Kota Tinggi, Johor tepat jam 5:24 petang tadi setelah berjaya mendapatkan cop dari Balai Polis berhampiran. Hari ini Mr. GB akan berehat dan bermalam di Kota Tinggi dan akan meneruskan perjalanan ke Mersing sejauh 90km. Menurut Mr. GB kayuhan hari ini amat perlahan sehingga boleh nampak dan jumpa duit syiling di tepi jalan berjumlah 60 sen. Beliau yang kepenatan memerah tenaga semalam perlu berehat panjang hari ini. Menurut Sdr. Mofti “Setakat nie duit siling yang dia jumpa sepanjang perjalanan dah RM 3.00 lebih termasuk jumpa semasa kayuhan Johor Kota Tinggi. Tak termasuk bulu landak. Buat azimat katanya”.

9hb Julai 2009

Dari Kota Tinggi beliau meneruskan perjalanan ke Mersing sejauh kira-kira 90km dan bermalam di sana. Perhubungan terputus kerana Mr. GB tidak dapat dihubungi kerana HP nya tiada charger setelah tidak sengaja mengeposnya ke Perak.

10hb Julai 2009

Dari Mersing beliau meneruskan perjalanan ke Endau sejauh kira-kira 34km dan bermalam di sana. Hari ini perjalanan sangat pendek kerana Mr. GB masih kepenatan.

11hb Julai 2009

Dari Endau beliau ke Pekan, Pahang dan berkayuh kira-kira 116km memasuki Negeri Pahang dan bermalam di sana. Penulis menerima mesej dari Mr. GB dan perhubungan kembali pulih seperti biasa.

12hb Julai 2009

Dari Pekan, Pahang beliau berkayuh kira-kira 105km menuju ke Cukai, Terengganu dan hanya melepasi/melewati  Bandar Kuantan. Mr. GB bermalam dan berehat di Cukai.

13hb Julai 2009

Dari Cukai, Terengganu beliau meneruskan perjalanan ke Dungun sejauh 71km dan bermalam di Dungun.

14hb Julai 2009

Hari ini kayuhan Mr. GB menghadapi halangan dan dugaan tayar basikal beliau pecah dan terpaksa bergerak dengan keaadaan yang sukar sewaktu menghampiri daerah Marang. Perjalanan dari Dungun  ke Setiu sejauh 130km benar-benar mencabar keupayaan dan ikhtiar hidup Mr. GB.

15hb Julai 2009

Dari Setiu beliau menuju ke Machang, Kelantan sejauh 83km dan bermalam di Machang untuk mengumpul tenaga.

16hb Julai 2009

Dari Machang hari ini beliau ke Jeli, Kelantan sejauh 58km lagi…nantikan update seterusnya :)

Acara Kayuhan Nostalgia Malaya sempena 1 tahun blog Basikal Malaya


BM-the-best

Pada Sabtu, 27hb Jun 2009 – satu lagi acara kayuhan bertemakan “Nostalgia Malaya” telah berjaya dilaksanakan bersempena sambutan Ulangtahun blog Basikal Malaya yang pertama. Seramai 25 ahli-ahli KBTBB telah mengikuti acara kayuhan dengan mengenakan pakaian ala-ala 40-60an pada hari tersebut. Ternyata kayuhan dan aktiviti yang dijalankan di negeri Melaka ini mendapat perhatian dan sokongan daripada masyarakat dan pelancong luar dan dalam negeri.

KBTBB yang kini merupakan satu-satunya Kelab basikal tua yang bergerak aktif secara konsisten membuatkan Kelab ini telah mendapat tajaan dari Kerajaan Negeri Melaka, Exco, Individu, dan juga blog Basikal Malaya sendiri. Sebagai tanda terima kasih blog BM terhadap kerjasama dan usaha KBTBB banyak aktiviti telah berjaya dilakukan dalam tempoh 1 tahun ini. 1 tahun yang penuh gemilang dan paling manis bagi penulis & isteri serta Kelab kami iaitu KBTBB (Bersambung….nantikan foto-foto menarik sepanjang acara tersebut)

Ulang Tahun Pertama Blog Basikal Malaya


Ulangtahun

Pada hari ini genaplah 1 tahun usia penerbitan blog Basikal Malaya. Pada 18hb Jun 2008 Blog Basikal Malaya telahpun membuka pintunya secara rasmi sebagai medium perkongsian informasi, catatan, paparan dan pengalaman yang dilalui penulis dan rakan-rakan di alam siber. Kewujudan blog BM bukanlah mahu menyaingi mana-mana blog basikal tua yang lain yang telahpun sedia ada wujud. Misi paling utama blog BM ialah untuk memartabatkan hobi basikal tua agar ianya terus lestari dan berkembang di Malaysia dan di Nusantara.

Selama setahun telah banyak pengalaman dan pengetahuan telahpun dilalui dan ditimba oleh penulis. Suka duka sudah menjadi asam garam bagi penulis untuk meneruskan perjuangan ini. Ternyata banyak peristiwa manis dan pahit telah berlaku dalam tempoh yang singkat ini. Kejayaan dan pencapaian tidak datang dengan mudah tanpa usaha, ketekunan, keikhlasan, dan pengorbanan. Pastinya tahun-tahun seterusnya akan lebih mencabar bagi penulis dan blog BM untuk  menghidangkan “content” (kandungan) isi yang lebih menarik dan berinformatif kepada tetamu/pengunjung-pengunjungnya.

Di kesempatan ini penulis dan blog BM ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan media, otai-otai, peminat basikal tua, kolektor, tetamu/pengunjung tidak putus-putus mengunjungi blog ini setiap hari. Alhamdulillah …syukur kepada Allah S.W.T. sehingga hari ini jumlah pengunjungnya telahpun melebihi 18,000 pengunjung dan penulis sentiasa berdoa agar kita semua diberkati dan dirahmati olehNya.

Ulangtahun poster

Sebagai tanda TERIMA KASIH penulis dan blog BM satu majlis sambutan ulang tahun dan acara kayuhan Nostalgia Malaya akan diadakan di Batu Berendam, Melaka pada Sabtu, 27hb Jun 2009 ini bermula jam 4:00 petang sehingga 9:00 malam. Pelbagai hadiah menarik disamping jamuan makanan dan minuman akan disedia dan ditanggung sepenuhnya oleh blog BM. Bertemakan “Nostalgia Malaya” dengan pakaian ala-ala zaman Malaya 40an – 60an, maka dengan sukacitanya blog BM ingin menjemput semua untuk hadir bagi meriahkan majlis dan acara pada hari tersebut. Semoga blog BM akan terus hidop di bumi Malaya Merdeka!

Selamat Ulang Tahun Blog Basikal Malaya!

Salam Hormat dan Ceria Sentiasa,

Mykyocera (Ikhwan)

Terima Kasih Majalah 3 (TV3)


TERIMA KASIH Majalah 3!

M3 team

TV3 shooting

KBTBB n M3

Penulis sehingga kini masih terharu dan teruja dengan hasil kerja dan paparan warga kerja Majalah 3 selepas 6 hari ianya disiarkan. Difahamkan hampir 2 juta penonton menonton paparan “Nostalgia Basikal Tua” yang disiarkan pada malam Sabtu 6hb Jun 2009 yang lalu di TV3. Paling manisnya, sejurus paparan tersebut, penulis tidak putus menerima ucapan TAHNIAH kerana telah berjaya menghidupkan kembali hobi “basikal tua” ini di Malaysia.

Ramai dikalangan sahabat-sahabat basikal, sahabat-sahabat rapat, penonton, peminat basikal tua dan saudara-mara dari Utara sehingga ke Selatan dikhabarkan teruja menonton paparan tersebut dan buktinya telah diterjemahkan melalui SMS, panggilan telefon, email, Facebook, dan juga komentar di blog. Ucapan terima kasih ini penulis tujukan khas kepada warga kerja Majalah 3 terutamanya Fariha Onn (Wartawan), En. Fadhil (Jurukamera di lokasi), Nurul Syuhada (Pengacara), Cik Mazlin (Penerbit), Abg Jebat (Jurukamera) serta “soundman”nya.

Geng KBTBB

KBTBB group

Ada cerita menarik khabarnya dari KBTBB…nantikan sambungan cerita seterusnya. 

Saksikan Paparan Basikal Tua di Majalah 3 (TV3) Sabtu, 6hb Jun 2009 – 9.00 malam


Majalah-3-promo

Salam Hormat buat semua sahabat BM,

Setelah 3 bulan menantikan siaran paparan “Basikal Tua” di Majalah 3 – TV3 akhirnya penulis telah dihubungi oleh Fariha On (Wartawan M3) memaklumkan bahawa Pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada ingin membuat rakaman pengacaraannya (moderator) di Batu Berendam bertempat di Bengkel Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) pada 21hb Mac 2009.  Rakaman bersama Nurul Syuhada merupakan pelengkap bagi keseluruhan rakaman mengenai “Khazanah Basikal Tua”. Alhamdulillah semua kerja-kerja rakaman tersebut telahpun berjaya dilakukan di sana. Menurut penerbitnya Mazlin Nordin, rakaman tersebut disiarkan pada Sabtu, 6hb Jun 2009 ini nanti.

Penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Majalah 3 kerana sudi memuatkan bahan cerita mengenai “Basikal Tua” di Malaysia. Terima kasih kepada Fariha Onn, Nurul Syuhada, Mazlin Nordin dan semua krew-krew Majalah 3 serta ahli-ahli KBTBB kerana bekerja keras untuk memartabatkan basikal tua untuk tatapan masyarakat Malaysia. Walaupun akan ada pandangan skeptikal dan sinis dari pihak-pihak yang berkepentingan dan “cemburu” dengan paparan ini, namun kesannya kepada masyarakat jauh lebih penting daripada kepentingan peribadi. Sekurang-kurangnya dengan sedikit usaha ini bakal “membuka mata” generasi muda mengetahui tentang basikal tua yang “khazanah”nya adalah milik semua…Jangan lupa saksikan “basikal tua” SABTU, 6hb Jun 2009 jam 9:00 malam! – Hidoplah Basikal Tua di Bumi Malaya Merdeka! – Mykyocera 

 

P E N G U M U M A N   T E R K I N I !

Bumi-Biru-PosterJemputan Acara Kayuhan BUMI BIRU sempena menyokong Karnival Sungai Melaka anjuran Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB)

Kepada yang berminat menyertai Kayuhan Bumi Biru anjuran KBTBB pada Ahad, 7hb Jun 2009 sila hadirkan diri anda pada hari tersebut jam 7:30 pagi bertempat di bengkel KBTBB, Melaka. Maklumat lanjut sila KLIK DI SINI. Pakai baju T berwarna BIRU bersama kita BIRUkan BUMI Melaka!

Pompa / Pum Tangan Basikal Tua buatan England


Koleksi Pum Raleigh Industry (RI) yang menjadi buruan

Koleksi Pum Raleigh Industry (RI) yang menjadi buruan

Pelbagai jenis bentuk dan warna pum buatan England

Pelbagai jenis bentuk dan warna pum buatan England

 Salam Sejahtera buat semua sahabat-sahabat BM (Basikal Malaya)…

Pada hujung minggu lalu, penulis sempat berkunjung di salah sebuah kedai basikal yang terletak di salah sebuah daerah di negeri Selangor. Kunjungan dan pemburuan kali ini membuahkan sedikit hasil apabila penulis menemui beberapa pum tangan yang masih berfungsi dan berkeadaan baik. Terfikir difikiran penulis “best juga kalau lepas nie kalau kumpul pum tangan pulak”. Untuk makluman, penulis tidak berhasrat untuk menjual koleksi ini, tetapi penulis bersedia membantu mana-mana peminat yang ingin mendapatkannya. Harga pum-pum ini penulis memperolehinya serendah harga RM8 – RM80. Kalau mahal sangat kita carilah tempat lain.

Hasil daripada pemerhatian dan kajian umum penulis, pum tangan mempunyai banyak jenis, bentuk dan warna. Tidak kurang juga “material” bahan yang digunakan antaranya bahan plastik, aluminum, besi dan tembaga. Basikal tua akan nampak lebih “complete” kalau diletakkan pum tangan di bawah palang “body”. Paling penting ada tulisan emboss yang tertera “Made in England”. Sesiapa pun akan tersenyum puas melihatnya, betul tak?- Mykyocera

“Jom Ronda Melaka” mencari kelainan dan kepuasan di bumi Hang Tuah


Bergambar di CP1 Masjid Kampung Hulu. Jalan Jonker Street kelihatan sesak ketika menuju ke CP2

Bergambar di CP1 Masjid Kampung Hulu. Jalan Jonker Street kelihatan sesak ketika menuju ke CP2

Barisan ahli-ahli KBTBB yang aktif memperjuangkan aktiviti berbasikal tua di Melaka.

Barisan ahli-ahli KBTBB yang bergerak aktif memperjuangkan aktiviti berbasikal tua di Melaka.

Pada Sabtu 2hb Mei 2009, penulis sempat meluangkan masa cuti panjang bersempena Hari Pekerja mengikuti satu acara “Jom Ronda Melaka” anjuran Kelab Basikal Tua Batu Berendam di Melaka. Pada kayuhan kali ini penulis menggunakan basikal Triumph Sport yang  kali pertama diturunkan khas untuk kayuhan pada hari tersebut. Tepat jam 3:35 rombongan telah berangkat memulakan kayuhan menuju Check Point (CP1) pertama iaitu Masjid Kampung Hulu di kawasan Jonker Street. Tepat jam 3:50 petang kami sampai di sana..selesai bergambar kami menuju menyelusuri Jonker Street yang kebetulan pada masa itu dibanjiri oleh pelbagai kenderaan telah menyebabkan laluan sesak.

Walau bagaimanapun dengan berbasikal kami dengan mudah melalui laluan jalan tersebut dan menariknya penulis terdengar salah seorang dari kami berkata “Haaa…tulah…bawak kereta lagi masuk sini… kan dah tersangkut!…Lain kali kayuhlah basikal! Penulis hanya tersenyum dan berkata di dalam hati “Kalau jalan di sekitar Bangunan Merah nie Kerajaan Negeri Melaka tutup lagi best! Kayuh basikal takde saper pun kacau :)”. Sewajarnya Kerajaan Negeri Melaka menutup saja laluan di situ sejajar dengan pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Pada kayuhan kali ini KBTBB telah merancang laluan yang baru dengan memperkenalkan CP atau Check Point. Menurut Sdr. Jebat, KBTBB telah mengenalpasti 6 Check Point yang menarik iaitu CP1-Masjid Kampung Hulu, CP2-Bangunan Merah dan Jam Besar, CP3-Menara Taming Sari, CP4-Muzium Perzim , CP5-A Famosa dan Banda Hilir, dan  CP6-Kg. Morten. Menurut beliau lagi Check Point akan sentiasa diperbaharui mengikut lokasi-lokasi baru yang dirasakan menarik, itu yang membezakan KBTBB dengan group-group basikal tua yang ada di Melaka. “Kalau asyik guna laluan yang sama jer baik tak payah kayuh…” kata Pak Hassan salah seorang ahli KBTBB.

Pemandangan indah di Sungai Melaka dari tepi Bangunan Merah

Pemandangan indah di Sungai Melaka dari tepi Bangunan Merah

Jebat tengah menyudu cendol sambil layan gesekan biola dondang sayang. Pose maut seorang peminat basikal tua.

Jebat tengah menyudu cendol sambil layan gesekan biola dondang sayang. Pose maut seorang peminat basikal tua.

Di CP2 seperti lazimnya ahli-ahli KBTBB tak sah kalau tak “pekena” cendol mamak sambil berehat di bawah pokok di tepi tebing Sungai Melaka. Nak dijadikan cerita, sambil hirup cendol mamak telinga kami di”terapi”kan dengan dendangan lagu-lagu Dondang Sayang dari KekWa yang membuat persembahan di situ apa lagi…tengok muka masing-masing macam dah mengigil nak joget lambak. Nasib baik terkenang malam nanti ada persembahan tu di Batu Berendam. Apa pun di CP2 Sungai Melaka memang cantik dan bersih diserikan lagi dengan bot pelancong yang melaluinya…aduh macam kat Venice lah pulak. Pelancong yang lalu lalang tidak melepaskan merakamkan foto-foto basikal dan ada yang berpose “maut “di sisi basikal milik KBTBB yang tersusun di situ.

Port baru di Persimpangan Padang Nyiru yang ada banyak burung merpati. Bergambar bersama abang Polis trafik di hadapan "port" terbaharu.

Port baru di Persimpangan Padang Nyiru yang ada banyak burung merpati. Bergambar bersama abang Polis trafik di hadapan "port" terbaharu.

Bagi Penulis lokasi di Persimpangan Padang Nyiru patut dimasukkan ke dalam Check Point KBTBB, ini adalah kerana lokasi tersebut sangat menarik disebabkan keunikan air pancut dan lokasi tumpuan kumpulan burung merpati dengan jumlah yang banyak. Semasa sedang asyik bergambar kami ditegur oleh seorang anggota Polis trafik “Buat ape ramai-ramai nie? Korang dari mana?” tanya beliau. “Dari Batu Berendam…bang” jawab penulis. “Hahaaa…tepi sikit” katanya. Dengan muka “macho” rupa-rupanya beliau pun berminat nak bergambar dengan KBTBB.

Hero-hero Hindustan dari KBTBB di CP4-Muzium Perzim. Jebat berpose sakan.

Hero-hero Hindustan dari KBTBB di CP4-Muzium Perzim. Jebat berpose sakan.

KBTBB di hadapan A Famosa (CP5). Pak Hassan bersama basikal kesayangannya.

KBTBB di hadapan A Famosa (CP5). Pak Hassan bersama basikal kesayangannya.

Selesai bergambar kami terus menuju ke Check Point seterusnya iaitu ke CP3 hingga CP5. Menariknya di CP4 (di Muzium Perzim) ahli-ahli KBTBB sempat bergambar ditepi keretapi lama sebagai kenang-kenangan, semua “pose” macam hero hindustan. Di CP4 penulis melihat betapa ramainya pelancong yang datang melawat kota A Famosa (CP5) sehingga kami terpaksa cari “port” lain dan akhirnya kami berehat di kawasan Memorial Kemerdekaan sambil berbual-bual mengenai hal-hal dan isu-isu perkembangan basikal di Malaysia.

Menikmati Teh Tarik yang paling sedap di Melaka.

Menikmati Teh Tarik yang paling sedap di Melaka.

KBTBB tiba di CP6-Kampung Morten. Tuan Haji Ibrahim teruja melihat koleksi basikal KBTBB.

KBTBB tiba di CP6-Kampung Morten. Tuan Haji Ibrahim teruja melihat koleksi basikal KBTBB.

Dari CP5 penulis mengajak Sdr. Jebat dan KBTBB “pekena” teh tarik di kedai mamak di Jalan Hang Tuah. Selesai minum kami menuju ke CP6 iaitu Check Point terakhir Jom Ronda Melaka iaitu Kg. Morten yang terletak sepanjang Sungai Melaka. Jam ditangan menunjukkan jam 6.15 petang dan akhirnya kami tiba di rumah Tuan Haji Ibrahim pemilik rumah warisan/muzium di Kg. Morten. Penulis teruja melihat perhiasan dan koleksi milik beliau yang telah disimpannya lebih dari 40 tahun yang lalu. Menurut beliau “Dulu saya ada sebiji BSA masa muda-muda dulu…nielah budak-budak dah kasi punah…tak tahu mana pergi basikal tu! Dah jahanam kot…ingat nak cari 1 kat Muar nanti…”  tambahnya.

Ternyata Tuan Haji Ibrahim juga teruja melihat basikal milik KBTBB. Tepat jam 6,45 petang kami beredar dari Kg. Morten menuju pulang ke Batu Berendam. Semasa perjalanan balik sempat juga penulis bersembang dengan Sdr. Jebat yang meluahkan rasa terkilannya kerana merasakan kayuhan pada kali ini seharusnya tidak dilepaskan oleh pemilik-pemilik basikal tua di Malaysia. Penulis mencelah “Alah biasalah bro…kita hanya mampu merancang…satu hari nanti pasti ramai orang akan join…paling penting kita jangan hangat-hangat taik ayam bro…alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan…alang-alang mandi biar basah” nasihat penulis kepadanya. “Aku kalau dah minat..sampai Amerika pun aku sanggup kayuh bro” tambah penulis lagi.

Jamuan makan yang disponsor oleh KBTBB

Jamuan makan yang disponsor oleh KBTBB

Gesekkan biola Pak Baharin yang menusuk kalbu bikin lutut bergegar hati jadi muda.

Gesekkan biola Pak Baharin yang menusuk kalbu bikin lutut bergegar beb..

Kami tiba di Batu Berendam kira-kira jam 7:25 malam. Setelah puas berehat, penulis dijemput untuk menjamu selera, bab-bab makan apa lagi macam mana laju kayuh basikal macam tulah jugak pulun makan..heheeee. Tengah syok-syok makan tiba-tiba…terdengar gesekan biola dan alunan muzik yang makkk oiiii klasiknyer menusuk ke kalbu. Tu dia dondang sayang yang dipersembahkan LIVE dihadapan ahli-ahli KBTBB oleh Pak Baharin dan kumpulannya. “Ini dondang sayang yang paling best tau…pernah menang pertandingan dondang sayang peringkat kebangsaan..meleleh taik telinga kau dengar” kata Pak Hasan. Hampir 2 jam persembahan dondang berkumandang otai-otai KBTBB semua dan bergegar lutut tak boleh tahan nak berjoget…tup-tup tu dia…keluar satu otai “Weyyy…mana penarinya meh ler menari kalau berani!” katanya.

Tua-tua keladi...makin tua makin menjadi..heheee...

Tua-tua keladi...makin tua makin menjadi..heheee...

Haaa…ambik sekali keluar 5 sekali gadis dari Warung de Kampung yang memang “standby” menyahut cabaran. Penulis tengok jerlah…bagi laluan kat otai-otai.. “Jebat kau tak nak join ker?” tanya penulis. “Kau nak mampus bapak mertua aku ada kat depan tu!” katanya. Penulis ketawa terbahak mendengar jawapan Sdr. Jebat. Lain-lain tu penulis “off record”lah yer. Kesimpulannya seperti yang penulis coretkan Jom Ronda Melaka sememangnya memberikan satu pengalaman yang berlainan, mana ada 1 acara yang nak bagi hidangan persembahan LIVE macam tu kat Malaysia…takde! Hanya kat Batu Berendam jer. Penulis puas… puas sebab dapat tengok dan berkayuh di bumi Hang Tuah yang kini bergelar Bandaraya Warisan Dunia…seharusnya peluang acara sebegini tidak sewajarnya dilepaskan – Mykyocera

Untuk melihat foto-foto sila klik di SINI.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.