Motor + Cycle (basikal berenjin) “Roundtank” pencetus revolusi penciptaan kenderaan moden berenjin


Acara K2N II di Bandung memberi peluang kepada penulis merasa menunggang "Roundtank" yang sangat jarang ditemui di Malaysia

Motorsikal ciptaan Gottllieb Daimler's 1885

Salam Hormat buat semua pembaca BM. Peluang menimba pengalaman mengenai basikal tua/klasik di negara jiran Indonesia telah banyak memberikan pengalaman baru bagi penulis. Boleh dikatakan di setiap acara/event di Indonesia penulis menemui sejenis alat pengangkutan basikal yang berenjin. Bagi sesetengah orang ada yang memanggilnya “mopped” dan ada yang mengelarnya “roundtank”, tetapi bagi penulis istilah “roundtank” lebih popular untuk merujuk pada motorsikal klasik terawal iaitu motor + basikal (motor+cycle).
..
Justeru syarikat-syarikat yang dahulunya menjual/mengeluarkan basikal telah memodenkan perniagaan atau produk mereka dengan menjual basikal bermotor ini. Uniknya kita masih lagi dapat melihat dengan jelas ciri-ciri basikal pada kenderaan yang bermotor ini. Penciptaan kenderaan “roundtank” dianggap sebagai perintis revolusi penciptaan motorsikal dan kereta yang digunakan sehingga ke hari ini.

Hasil kreativiti anak-anak muda Bandung menghasilkan "roundtank" buat sendiri mengunakan enjin mesin rumput.

Merujuk kepada sejarah Gottllieb Daimler’s dari German merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta motorsikal terawal pada tahun 1885 dengan menggunakan enjin petrol. Syarikat motorsikal terawal dan terbesar dunia seperti “Indian” dari Amerika Syarikat pernah muncul sebagai syarikat terbesar dunia mengeluarkan kenderaan ini sekitar tahun 1900. Turut merancakkan revolusi kenderaan beroda dua ini ialah Syarikat Harley Davidson, Orient, Rudge, Norton, BSA, Triumph, AJS, Ariel, James, Sunbeam, New Hudson, dan banyak lagi telah mengeluarkan “roundtank” sebagai produk mereka.

Syarikat "Indian" dari Amerika Syarikat muncul menjadi syarikat motor terbesar dunia mengeluarkan "roundtank" sekitar 1900. Model motor 1906 Indian "Camel Back" 10E Single.

"Roundtank" jenis Sunbeam yang dikeluarkan pada tahun 1916 500cc yang menjadi igauan dan impian Sdr. Sanim NBT (King of The Road)

Inilah model Triumph Roadster yang bakal dibangunkan di Bandung dan akan tiba di Malaysia beberapa bulan atau tahun lagi. Bergantung pada kelulusan budget dan keizinan pihak berkuasa.

Penulis juga tidak menolak bahawa hobi basikal tua ini perlu juga mengalami “revolusi” dan penulis seperti sudah “jatuh hati” untuk mendapatkan sebuah “roundtank” untuk dijadikan “buah hati” dan koleksi peribadi suatu hari nanti. Mungkin di Malaysia harga sebuah “roundtank” ini mencecah harga yang boleh “memecahkan gegendang telinga” namum kalau ada usaha untuk mendapatkannya dari sahabat-sahabat dari seberang harganya pasti “reasonable” (berpatutan).

..
Peluang menaiki dan menunggang “roundtank” sewaktu menghadiri Acara Kayuhan 2 Negara (K2N II) baru-baru ini di Bandung, menguatkan lagi semangat penulis untuk berusaha mendapatkannya sedaya upaya. Pernah juga penulis terlihat “kelibat” kenderaan ini di Negeri Sembilan milik seorang taukey Kedai Motor namun tidak berkesempatan untuk “meminang” dan bertanyakan berapakah harga “mas kahwinnya”…Pada entry kali ini penulis sajikan beberapa foto-foto “roundtank” yang menjadi idaman penulis… Sekira ada fakta-fakta yang tidak tepat mohon diperbetulkan. Sekian. – Basikal Malaya

Model D - AJS keluaran tahun 1915 menjadi kegilaan Sdr. Jebat Melaka yang sudah mula menjual semua koleksi basikal tua nya.

Model H - BSA keluaran tahun 1921 yang pasti diminati oleh Sdr. GB dari Batu Gajah.. yang ini "putuih tali kasut 10 kali" pun takkan jumpa kat Batu Gajah..

Peugeot 660cc keluaran tahun 1906... milik siapakah "roundtank" ini...tunggu saja kemunculannya di K2N Kali Ke 3....jangan marahhh haaa...

Hahaaaa...apa tunggu lagie...carik ler...kita bakooo...kitaa bakooo jer... ada "roundtank" barulah terhebattssss...

About these ads

13 Responses

  1. salam,roundtank yang menarik,kalau di malaysia memang payah nak mencari,kalau pun boleh pecah gegendang telinga,untuk maklum sdr ikhwan,saya terjumpa body roundtank tapi enjin sudah tiada lagi,sdr blh membantu untuk mencari enjinnya.kita bakaoooooooooo je.tq.

  2. Klau x silap kat ***** ***** ***** kan? Aku nampak dh lama… Dia nk jual dlm 400 jee kan? Enjin kita modifiedlah enjin go-cart… baru laju sikit.

  3. Bro tempoh ari ak sudah tanya yg punya roundtank triumph tu..dia sudah Ok dengan penawaran kita..so ak PM saja ya..

    Bro pak is pon ada roundtank, dia punya model BSA ..katanya mahu tukar sepeda je..

  4. Mantap om Alex… minta tolong kamu uruskan ya. Mekasih om… barulah lena tidur ku malam ini… indahnya duniaaaa….

  5. Wah semua dah bako-bako ni nak main roundtank. Ni saat aku tunggu ni. bila semua dah main rondtank basikal tua tak dipedulikan lagi. Bagus. Basikal-basikal rare bisa berpindah tangan. yahooooooo

  6. Jangan haraplah bro…putuih tali kasut kiri-kanan 10 kali pun aku x kan juan. Tatak juan ooo… Wang wa ada manyak.. Beskan mana mau calikkk? Ini roundtank kita main suka2 jer… Lagi pun kalau pakai minyak sdh kira mencemar alam..elok kita bakooo jer…

  7. Bakoooo..aku pun terbakoo gak.Bawak balik satu bro ikhwan,sanim,jebat….Kita tenguk try test jadi ler.

  8. Basikal Ikhwan yang rare banyak tu…..tolak sebuah dua dapat ler roundtank tu….Buaya kat JB tunggu jer basikal rare yang nak ditolak.

  9. bertambah ler koleksi si Bro Ikhwan nie, main roundtank pulak heee…

  10. mantap bang ikhwan…

  11. Mekasih Pk Erwin :) ini salah satu pengalaman berharga sewaktu di Bandung…

  12. hhehe roundtank become new virus di malaysia , hati hati kang ikhwan, salam untuk semua saudara di sana

  13. Saham Nice …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: