Koleksiku: Kunci Telephone, Kunci GB, Rim Endrick, Saddle Dunlop, SA Dyno Hub, & Speed Hercules


Jom kita cari rim Endrick dan Dunlop sahaja... pastikan yang terbaik dari ladang yer brader.

Salam buat semua pengunjung BM. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan tetapi harus juga ada kemampuan dan kesanggupan. Kalau inginkan “habuan yang besar” haruslah mempunyai “umpan” yang “menyelerakan”. Selama hampir 3 tahun penulis menceburi hobi “basikal tua” ini banyak juga hasil “tangkapan” yang berjaya diperolehi. Kalau kail panjang sejengkal…bawalah kail yang panjang sedikit…barulah besar “habuan” yang “mengena”. Apa pun “lubuk-lubuk” harus disimpan dan dikunci untuk stok di masa hadapan. 

Bukan apa… kalau dijumpai oleh “kaki karau” atau “pickers” sudah pasti di bawa lori dan di”karau”nya hingga bersih, pasti dijual dengan harga yang “melambung” dan tak masuk akal. So jangan “mimpilah” penulis ingin menyatakan di mana ianya ditemui. Ini barulah yang dinamakan “khazanah” silam yang masih tersimpan.  Khas buat semua… ubatilah hati yang gundah gulana dengan jamuan mata untuk menghilangkan “tension” dan “stress” dalam jiwa yang berkelana. Jangan maraahhh haaaa – Basikal Malaya (*kalau dah dinamakan rezeki pasti tak ke mana… ada otai yang main berbelas tahun pun takde barang2 nie tau*)

About these ads

24 Responses

  1. salam,pasti yg melihaknya mesti panas bro.

  2. Biasalah bro…nk panas ker…nak suam ker…janji kita semua “happy” barang kita sendiri. Nie ada yg jual kat mudah.com harga “sembelih”…padahal kita tahu berapa sen jer harga brg2 tu. Aku mmg tak beli kat “kaki-kaki” kencing nie. Kalau murah kit a belilah…klau mahal kita biaq pi lah…

    Baik kita cari sendiri pelan-pelan… Jumpa “lubuk” kita kunci baik-baik. Kita simpan buat “reserved” utk masa hadapan…dan generasi akan datang. Tk bro.

  3. Salam Saudara BM, Posting ni pada saya biasa2 ajer. (Ayat Jelous).Ahaks! Sebabnya kan banyak lagi pada para kolektor@tokei kedai basikal. Harga pun murah-murah diorang jual berbanding yang saudara dapat barangkali. Saudara jangan sebut harga yang saudara dapat tak pasal-pasal nanti kena marah. Sebabnya nak jual barang-barang ni kena diam-diam dan bisik-bisik. Tapi bila dengar harga kat telinga kalau tak bernanah mesti boleh pekak punya. Sebab itu ada yang jual barang suka bila dihubungi aje. SMS tak layan.

    Pada firasat saya kalau SMS bila nampak harga nanti takut terperanjat dan terbeliak biji mata. Dari sakit mata biar sakit telinga aje. Betul tak? Tapi sebenarnya mahal ke murah ke terpulang pada yang ingin membeli. Bak kata pepatah dulu-dulu “Alah membeli menang memakai”, “Ukur baju pada badan sendiri” tapi yang penting “Tepuk dada, tengok poket baru tanya selera”. TQ.

  4. Budak_GILA,

    Ada aku kisahhh…sejak aku post entry nie…macam2 org call, sms, dan tanya aku pasal kat mana “lubuk” nie…tak kurang juga ada yang tetiba nak jadi saudara, adik-beradik, abang angkat, dan macam-macam “taktik”….tak kuasa aku nak layan…tapi yang betul-betul ikhlas dan jujur aku sedekah jer…tak caya tanya kawan2 kat KBTBB :)

    Sapa yang nak marah? Apasal lak diorang nak marah? Ada aku kisahhh…barang aku suka akulah brader. Aku nak jual ker…nak sedekah ker…nak lelong ker…wakkakkaakkaaa. Dulu diorang tuduh aku… pasal aku barang basikal mahal…nampak benoo banggang dan bengapnya orang itu…sedangkan pada masa tuu…semua barang dah memang mahal…sebab barang yang dia jual sendiri pun harga “cekik darah”…siap harga “package” sekali tauu…macam2 strategi nak lakukan barang dia.

    Kalau yang berniaga kat Mudah.com tu aku tak mau nak komenlah…dah memang diorang carik makan jual barang…lantak diorang lah nak jual berapa. Kita yang ada otak nie…kalau mahal tak payahlah beli…biar diorang simpan barang2 tu sampai mati…apa kita kisah. Sebagai alternatif cariklah kawan-kawan basikal yang jujur dan baik…tu pasal kena join aktiviti dan berbaik-baik dgn semua org…barulah dapat barang dgn harga adik-beradik.

    Aku bukanlah nak jadi “kedekut” tapi “lubuk” nie terpaksa aku “kunci” untuk dijadikan “reserved” (simpanan) di masa hadapan. So…peniaga-peniaga dan kaki korek di luar sana…nampaknya tak merasalah nak “hisap” duit aku yer…Apa orang nak kata…aku peduli apa…duit-duit aku…barang tu sekarang semua dah pun jadi milik dan khazanah Basikal Malaya…jangan marahhh haaaa :)

  5. Salam buat saudara Ikhwan…
    Saya ingin bertanya, adakah barang2 basikal tua yang hendak dijual. Saya tengah berusaha untuk menyiapkan basikal tua saya. Yang ni bukan kanak-kanak baru belajar tapi bapak orang yang baru nak belajar main basikal tua.haha… sebelum ni dok gila kayuh mountain bike je. sekarang ni teringin nak nak siapkan basikal tua untuk menjadi tatapan anak-anak cucu di masa hadapan. Moga-moga tuan dapat membantu. Kalau dalam mudah semua harga sembelih dan saya dah kena sembelih empat lima kali juga dalam mudah tu.hehe…diharap tuan dapat berkongsi ilmu berkaitan basikal-basikal tua ni…

  6. Wa’alaikum salam Sdr. Mael…

    Boleh saya tahu apa ukuran basikal Sdr. Mael? Tayar 26″ atau 28″ – jenis sport atau gentleman (kargo)? Kalau setakat barang Raleigh tuu…Insyaallah boleh dibantu…kalau dari jenis/merk lain tu nak kena tengoklah dulu stoknya.

    Apa barang yang tak cukup dan diperlukan lagi? Mungkin boleh email saya ikhwanizam@gmail.com … kita citer dalam email ajelah…nanti takut ramai yang marahhh…kata saya ada agenda lain pulak…Tk.

  7. Terima kasih Basikal Malaya.
    Yang pertama : Support KTM2011. Sokongan anda kami hargai dan amat-amat berterima kasih
    Kedua : Terima kasih kerana sudi membantu rakan baru kite En.Mael. Kawan belum masanya nak setup sebuah basikal yang betul2 tip top. Bila sampai masanya nanti kawan jumpa awak. Sekarang nie tak apa cukup dengan basikal yang dikategori basikal lama. TQ

  8. Datuk Paduka Mofti,

    Insyaallah saya akan sokong apa jua aktiviti basikal tua di Malaysia ini terutamanya kepada sahabat-sahabat yang pernah menyokong saya untuk memperjuangkan hobi ini.

    Untuk Datuk…usahlah dikhuatiri dan berhati pasrah…Insyaallah akan ada bahagian untuk sahabat-sahabat dari Selatan. Harap-harap “telaga minyak” yang ditemui dapat menampung keperluan “pasaran”…heheeee…

    TK…Datuk :) Semoga kita semua akan berjaya di dalam acara kayuhan KTM2011. Kita kasi gegarkan Pontian dengan “basikal tua”…biar 1Malaysia tengok pukulan “nostalgia silam” bakal dihidupkan melalui TEROWONG MASA…

  9. wawww…

  10. Salam,

    Dear Sdr. BM,

    Dah lama saya ikuti blog saudara. Memang saya kagum dengan semua koleksi2 saudara, Kerja keras + minat yg mendalam membuatkan saudara berada diperingkat yg tinggi dalam hobi ini. Tahniah. Koleksi2 saudara mmg hebat, rasanya tk ada dah orang yg lagi hebat dari koleksi2 yg saudara ada. Saya harap saudara akan teruskan minat ini. Saya juga amat menanti2 untuk sertai kelab di Melaka. Sebab selama saya kerja di melaka dari 2002 tk pernah tahu melaka ada kelab. jadi bila saya balik ke Malaysia nnt 2012 harap dapat berjumpa dan belajar dari pengalaman hebat sdr BM.

    Regards,

    Naim
    Sheffield

  11. Salam,

    BTW dulu2 masa tahun 1998 saya pun pernah dapat speed gear break hub belakang depan dalam sekitar rm 150. Tp itu tahun 1998 la di Kelantan. Di kota bharu kedai basikal agent raleigh. Entah la dah 13 tahun nie wujud ke tk lagi kedai tue. Yg kita risau pasal2 lubuk nie ada lah gang2 yg buat business mcm gang2 dari thailand. Gang2 malaysia pun ramai jugak sbb nk buat untung n cari makan melalui beli bawa lori n jual harga melambung2. Yg lecehnya penghobi mcm saya ler yg budget kecik nk siapkan sebuah basikal sekarang mmg la sgt2 sussah. Sbb harga tk terbeli sbb terlalu2 mahal. Dulu2 masa mula bergiat sekitar 1996 harga RM 150 pun dah rasa tinggi. Selalunya main tukar2 barang ngan kawan2. Anyway seronok tgk koleksi Sdr BM. Memang hebat dan dah banyak kali masuk paper + TV. Tahniah!!

  12. Walaikum salam Tuan Naim,

    Terlebih dahulu salam persahabatan dari saya di sini (blog BM). Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tak seberapa ini…dan terima kasih di atas penghargaan dan sokongan dari Tuan. Untuk makluman Tuan, apa yang saya tulis di sini merupakan catatan sebenar penjalanan (my journey) saya di dalam hobi basikal tua ini di Malaysia bermula pada tahun 2008.

    Tidak keterlaluan saya katakan Tuan antara “otai-otai” terawal menceburi hobi basikal tua ini di Malaysia dan saya sangat beruntung dapat menemui orang-orang yang terdahulu seperti Tuan. Di Melaka nama-nama seperti Abg Che Mek, Abg Zaidi, Abg Mat, Abg John, Abg Ijan dan lain2 masih aktif meneruskan hobi ini. Mungkin ada di kalangan mereka ini ada yang Tuan Naim kenal. Kalau di Taiping nama-nama besar seperti Otai Salim, Cikgu Rosli dan Ameng Semanggol antara pengasas kelab basikal tua/klasik terawal di Malaysia.

    Saya secara peribadi saya mengkagumi “otai-otai” yang saya sebutkan nama mereka di sini dan masih ada ramai lagi di luar sana yang saya hormati. Cuma hanya ada segelintir kecil “otai-otai” ini yang mungkin berasakan diri mereka “tersaing” dan “ego”. Mereka-mereka ini akan sentiasa mencari salah dan “mencantas” golongan muda yang baru nak naik seperti saya dan seangkatan dengan saya. Tapi hakikatnya kita perlu belajar dan menghormati di antara satu dengan yang lain betul tak Tuan?

    Dahulu di Melaka ada sebuah kelab basikal klasik (yang terawal pernah ditubuhkan)…malangnya kelab tersebut telah dibubarkan sehinggalah pada 3 Februari 2008, Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) muncul. Alhamdulillah sehingga ke hari ini KBTBB (tidak keterlaluan saya katakan) merupakan kelab basikal tua yang paling aktif melestarikan basikal tua di peringkat Nasional dan ASEAN. Saya beruntung kerana dapat berbakti untuk bangsa dan negeri tumpah darah saya iaitu Melaka dan KBTBB.

    Tuan Naim sangat beruntung kerana telah memulakan hobi ini awal dari kami yang baru nak mengenal dunia basikal tua…pasti banyak koleksi berharga dapat dikumpul dan ditemui. Saya pula terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan ribuan ringgit untuk mencari dan menjejaki “lubuk-lubuk” baru untuk mencari part-part basikal tua. Begitulah jerih dan peritnya generasi muda sekarang untuk meneruskan hobi ini. Ditambahkan pula oleh “pihak-pihak” yang menangguk di air yang keruh dan jadi “lintah darat” menjual barang-barang dengan harga yang melambung.

    Memang benar apa yang Tuan katakan banyak “gang-gang” dari Thailand dan Malaysia masuk ke kampung-kampung membawa lori pick-up dan trak untuk mengaut dan mengkarau khazanah berharga ini. Akibatnya bukan Tuan sahaja yang menerima kesan dan impaknya…saya dan puluhan / ratusan peminat basikal tua kini juga terpaksa mengharungi “krisis” yang mereka cetuskan iaitu krisis kenaikan harga…bukan leceh lagi dah…dah sampai tahap menyeksakan. Sistem “barter” buat masa kini adalah “sistem” terbaik untuk mendapatkan barang dan ianya masih relevan dan berkesan Tuan.

    Saya difahamkan sekarang Tuan berada di UK dan pasti ada banyak koleksi-koleksi basikal klasik yang hebat di sana. Pastikan bila pulang ke Malaysia pada 2012 nanti…jenama-jenama seperti terkenal seperti Royal Sunbeam, Humber, Norman, Royal Enfield, Conventary, BSA, dan yang betul-betul tua (circa 1890’s – 1930’s) di bawa pulang ke Melaka. Bolehlah nanti kita pamerkan di Muzium Kenderaan di mana beberapa koleksi berharga KBTBB dan koleksi saya sendiri di pamerkan. Saya pernah beberapa kali ke UK dan France… tapi tak berkesempatan nak bawa pulang kerana urusan kerja.

    Saya juga berharap dapat bertemu Tuan Naim satu hari nanti (2012)…agar kita dapat bersama-sama meneruskan hobi basikal tua ini bersama KBTBB. Apa yang saya lakukan di sini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dan nak tunjuk hebat…kerana ada ramai lagi yang lebih HEBAT di luar sana. Saya lakukan semua ini adalah untuk memberi/membakar semangat baru dan mencetuskan “new direction” kepada perjuangan hobi basikal tua di Malaysia. Keunikkan dan karismatik basikal tua telah membawa saya dan sahabat-sahabat ke satu tahap yang tidak pernah dijangka. Publisiti meluas media massa (TV dan media cetak) yang kami terima selama ini digunakan sebaiknya untuk melihat “basikal tua” terus dikenang, dihormati dan dihargai oleh masyarakat…dan ia bukanlah hanya sekadar ruang mencari glamour dan publisiti murahan bagi mereka yang skeptikal.

    Semoga Tuan Naim terus menyokong blog BM dan masih jauh lagi perjuangan saya di dalam hobi ini. Terima kasih saya ucapkan kerana Tuan sudi mencoretkan sedikit padangan yang berharga buat blog ini – Sekian.

    Ikhwan

  13. Tahniah. Memang tak leh tidoq

  14. sugguh tak beretika berniaga sebegini.tidak perlu berniaga kalau kita asyik kondem orang lain dan nak cari populariti dan publisiti murahan.perniagaan dan juga hobi tidak perlu untuk kita merendah-rendah kan orang lain.tujuan apakah kita hendak kondem orang?adakah untuk melariskan perniagaan?atau untuk mencari glamer dikalangan peminat-peminat basikal?

    Jawapan dari BM kepada Basikal Buruk dari Petaling Jaya
    (saya jejaki melalui IP 202.184.102.86)

    Siapakah yang sebenarnya tidak BERETIKA (Sdr. pun tak berani nak nyatakan nama dan email yang sebenar apabila menulis komen ini)? Bila masa pulak saya kata saya nak jual barang2 yang saya temui ini (nampak benoo tak habis baca). Saya BUKANnya mencari makan meniaga atau berprofesion sebagai seorang peniaga. Apa yang dinyatakan di sini adalah luahan dan pendapat ramai dan bukannya nak meng”kondem” siapa2…tak sebut nama siapa2 pun dalam entry ini. Apa yang Sdr maksudkan dengan “populariti dan publisiti murahan”? Yang mahal dan terhormat punya macam mana? Adakah Sdr. ingin katakan bahawa ratusan peminat basikal tua dan beberapa kelab basikal tua di Malaysia yang muncul di TV dan newpaper selama ini mencari “populariti dan publisiti murahan”?

    Tiada siapa yang merendahkan martabat sesiapa melainkan Sdr. sendiri yang terasa hati…mengapa yaa? Sebenarnya kami bukannya nak “kondem” (generasi sekarang x pernah nak kondem2 org nie) tapi nak sampaikan MESEJ bahawa komuniti dan peminat basikal sekarang bukannya BODOH dan mudah DIPERBODOHKAN. Glamour atau popular itu bukan “Sdr. Basikal Buruk” yang tentukan…siapa Sdr. nak jadi “HAKIM” dan menghakimi saya? Bagi generasi muda seperti saya TIADA istilah “KONDEM” dalam perjuangan hobi ini…perkataan ini sangat lazim bagi individu-individu yang merasakan dirinya TERCABAR dan TIDAK boleh MENERIMA kenyataan dan KEBENARAN justeru ia dianggap sedemikian. Silalah jawap semua soalan yang saya ajukan kalau Sdr. betul-betul ikhlas. Saya tunggu jawapan kepada semua soalan saya dan kita nilaikan bersama-sama pembaca blog BM. Sekian. Ikhwan BM – p/s : siapa makan cili dialah yang terasa pedas. Nampaknya peluru saya tepat ke muka seseorang…

  15. Chegu Ahmad…terima kasih. Kalau dah rezeki kita pasti tak ke mana kan?

  16. Apa yg diluahkan di sini adalah berdasarkan kisah benar dan saya berhak untuk menulis dan menyatakan apa yg dirasa dan dipendam dengan memaparkan keluhan peminat-peminat basikal yang saya temui. Suka atau tidak itulah HAKIKATNYA! Peniaga juga harus BERETIKA dalam urusan jual-beli. Renung2kan…sebab ramai yang dah kena SEMBELIH dan KENA KENCING! cukup2lah tuu brader. SUKA BACA tak SUKA TAKPE :) Kita harus menghormati KEBEBASAN BERSUARA dan MELONTARKAN PENDAPAT – sebagai blogger penulis bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang penulis nyatakan.

    PERHATIAN! Penulis sebagai moderator hanya membenarkan komentar-komentar yang mempunyai nama dan email yang sah/sebenar sahaja untuk di paparkan di blog BM ini. Sekian untuk makluman.

  17. Salam tuan, hehehe…bagus lah bro, kau sekolahkan diorg yg baling batu sembunyi tangan ni, klu berani tak payah sorok name le, berani kerana benar bro…lg satu tak payah sibuk2 hal org lain…aku pun rasa tersanggat lah pedas cili boh kau ni.

  18. a,kum ikhwan ape kabar semoga sihat hendaknye.saya sokong awak ikwhan betulkan ape yang x betul.sedar lah wahai kwn2 ku diluar sana bersatu lah kite memartabatkan hobi berbasikal kite ini hinge ke akhir hayat kite.love basikal tua always.apek

  19. Kepada “Basikal Buruk”

    Kau pun jual mahal nak mampos! Aku tau saper kau kat Mudah! Pi rahh mabuk kaulah lintah darat! Hisap darah dan kencing orang… jom kita ramai2 boikot dia kawan2…aku dah muak tengok brg dia yang tak laku kat Mudah tu.

    Insaflah “Basikal Buruk”…jangan jadi pengecut dan bacol.
    kalau berani jawablah soalan BM kat atas tu. Kau tu yg “memurahkan” martabat basikal tua. Saper setuju angkat tangan…mcm Usop Weelcar.

    Musuhmu
    Basikal Reput

  20. Kepada Apek dan Basikal Reput…

    Saya pasti individu yang dimaksudkan (basikal buruk) itu tidaklah se”berani” mana… saya sendiri tahu siapa dia. Tidak hairanlah apa yang dilakukannya tak membawa apa2 kebaikan dan kemajuan pada komuniti basikal tua selama ini. Takde satu pun yang boleh dibanggakan dan diingat oleh kita semua.

    Saya masih menunggu jawapan intektual dan kebijaksanaan beliau sekiranya beliau masih seorang berjantina “lelaki”. Sekarang kita tahu siapakan yg sebenarnya yang lebih “murahan” dan “lebih rendah” martabatnya…hanya berani “baling batu sembunyi tangan”….

    Kita tengokkan jer…derrr…

  21. sudah jangan digubris ,masih banyak yang satu hoby ,gimana next plan di bandung akan hadir kah ? selamat datang di kota ku bandung lautan basikal tua

  22. Alamat nya Malaysia mana

  23. Salam…memang hebat usaha tuan. Sy selalu juga mengikuti blog tuan. Dulu sy tertanya2 mengapa saudara merahsiakan lubuk emas itu. Kini sy faham, mengapa. Saya baharu berjinak2 dgn hobi ini kerana kagum dgn koleksi tuan. Tetapi amat payah utk mendpt aksessori yg ori di sini kerana mungkin sy tidak pandai mencari. Tahniah.

  24. As salam,
    Meleleh air liu tengok spare part ni, pergi jugak ke kota baharu dari terengganu utk dptkan spare part, sekarang ni tengah kikis karat. Insyaalallah keluar sebijik basikal tua. Yang sedihnya di Terengganu tiada spare part. So… gohek jer la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: