Basikal kecil “The Winner” hadiah istimewa buat Ayu Izzati


Pemilik The Winner hadiah istimewa khas buat Ayu Izatti

Pemilik The Winner hadiah istimewa khas buat Ayu Izatti

Salam Sejahtera, Salam Aidilfitri dan Salam Keamanan buat semua sahabat-sahabat Basikal Malaya di Malaysia dan Nusantara.
Ditengah-tengah kesibukan kita menyambut kemeriahan Aidilfitri pasti ramai di antara kita masih lagi sibuk mengunjungi keluarga dan sahabat handai dengan memenuhi majlis-majlis “open-house” di sana-sini. Bagi penulis itu sudah menjadi kemestian dan setiap minggu pasti ada sahaja undangan ke majlis-majlis tersebut. Terbaharu penulis menerima undangan “open-house” dari Kelab Basikal Tua Batu Berendam. Maklumat lanjut sila kunjungi blog rasmi KBTBB.

Untuk makluman sahabat-sahabat BM…adik Ayu Izzati adalah anak saudara / anak buah kepada penulis. Ayu Izzati yang berumur 7 tahun telah menunjukkan minatnya terhadap hobi basikal tua semenjak penulis mula-mula menceburi hobi ini setahun yang lalu. Apabila ada kelapangan masa Ayu akan ke rumah kami untuk melihat koleksi basikal tua sambil mencuba menaiki basikal tua milik isteri penulis (Wawa). Sebagai “galakkan” untuk mencukupkan puasa – penulis berjanji kepada Ayu untuk menghadiahkan sebuah basikal tua sekiranya Ayu berjaya puasa cukup 30 hari.

Basikal kecil khas untuk kanak-kanak perempuan berpalang dua

Basikal kecil khas untuk kanak-kanak perempuan berpalang dua

Alhamdulillah. Berkat kesabaran dan ketahanan iman…si kecil ini berjaya berpuasa cukup 30 hari…ini kejayaan ke-2 buatnya kerana pada tahun lepas beliau telah berjaya berpuasa penuh. Basikal “The Winner Junior” yang diperoleh dari seorang sahabat ini telah dibawa ke Kuala Lumpur dari Ipoh, Perak untuk dihadiahkan khas buat Ayu. Sebelum basikal ini diserahkan kepada Ayu, penulis sempat menghantar basikal kecil ini untuk dibaik-pulih agar ianya boleh dikayuh dengan selamat. Basikal kecil ukuran tayar 20″ yang unik ini masih lagi berkeadaan original (asal) dengan tiada sebarang sentuhan restorasi semula. Warna hijau asal menampakkan keadaannya yang klasik dan original. Bagi penulis peti rantai basikal kecil ini sangat unik (peti rantai sebelah/sebahagian) disamping rimnya yang dicop bentuk burung.

Bestlah basikal kecik nie...Ayu tak sabar nak join berkayuhlah

Bestlah basikal kecik nie...Ayu tak sabar nak join berkayuhlah

Cabaran paling besar untuk membangunkan sesebuah basikal kecil seperti ini ialah untuk mendapatkan tayar dan tiub ukuran 20″ 1-3/8 disamping tempat duduk (saddle) ukuran kecil khas bersaiz kecil. Ternyata hadiah istimewa yang telah diterima membuatkan Ayu benar-benar tidak sabar untuk mengayuhnya. Selesai mengayuh di sekitar taman perumahan, Ayu menyatakan hasratnya untuk turut sama berkayuh bersama-sama penulis pada acara anjuran KBTBB. Sambil menunjukkan isyarat “two thumbs up” Ayu terus menyambung kayuhan dengan menaiki basikal tua untuk pergi beraya. Nasihat penulis kepadanya…”Ayu jangan lupa kunci basikal tuuu…takut hilang nanti tauuu”. 

Ringkasnya…Ayu yang berumur 7 tahun ini sudah pandai memberikan penjelasan kepada rakan-rakan kecilnya mengenai basikal tua. Menurut Ayu kawan-kawannya bertanya “Kenapa basikal awak buruk?”. Ayu membalas dengan menjawab “Ini basikal tua tauu…kayuh basikal nie lagi best dari kayuh basikal baru!”. Memang benarlah…perjuangan memertabatkan basikal tua ini seharusnya disemai diperingkat bawah agar generasi muda akan terus menghargai warisan bangsa dan tidak memandang rendah basikal tua. Paling sayang dan menyedihkan apabila ada golongan yang berjuang kononnya memartabatkan basikal tua tetapi berpaksikan keuntungan dan kepentingan peribadi disamping agenda sempit yang penuh tipu muslihat – Lambat laun kebenaran pasti akan menelan segala kebatilan. Allah SWT pasti akan menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya – Mykyocera

About these ads

10 Responses

  1. Tahniah Bro Ikhwan…..Akhirnya aku tahu apa tujuan spy 007 dilantik di Perak. Tahniah juga kepada adik Ayu, jangan lupa bawa basikal tu kalau KSTJB buat kayuhan nanti. Tahniah untuk GB juga kerana berjaya memastikan basikal tersebut tidak di sambar orang lain.

  2. Terima kasih Sdr. Mofti…

    Insyaallah…adik Ayu Izzati akan join aktiviti kayuhan lepas nie. Basikal kecil nie..Mr. GB yang tolong carikkan masa bulan puasa hari tu.

    Sebenarnya misi dia bukan cari basikal kecik nie jer…dia ada 1 lagi misi khas…carikkan aku sebiji basikal yang dah lama aku carik…dan basikal tu dah ada kat kawan dia.

    Mofti…kayuhan di JB tu dah ada spesifik date ker? Kalau ada kelapangan jemputlah datang ke rumah terbuka KBTBB pada 17hb. nanti…ajak orang2 kampung semua.

  3. Basikal yang comel. sesuai untuk adik Ayu yang comel. Lepas ni tambah ramai lah geng2 kayuhan yang ikut serta program. Mesti seronok. Apa pun tujuan kita memiliki basikal tua adalah untuk memeliharanya agar terus kekal untuk tatapan generasi akan datang.

  4. Sdr. Sanim @ KOTR,

    Harap2 begitulah hendaknya…bila dah ada koleksi basikal sewajarnyalah ianya dikayuh dan dipulihara. Takkan basikal yang diperolehi tu nak diletak kat galeri pulak kot?

    Nanti bila Ayu dah besar sikit aku nak bawa di gie Arkib Negara buat kajian pasal basikal pulak…tapi untuk permulaan aku pastikan dia pandai kayuh basikal dan kenal macam mana rupa basikal tua dulu…tengok kat atas kertas/buku mana sama dengan tengok yang real bro…budak tgk pun x minat.

  5. OOOOoo macam biasa ku lihat sepeda itu, tapi di mana ya.. ? ucapan taniah kepada adik Ayu Izatti kerana dapat berpuasa penuh tahun nie… lepas nie boleh lah adik kita nie berkayuh…BM bawa lah adik nie ke BB nanti.

    Pada bulan puasa yg lepas hari tu saya ke pasar karat seawal 6.00 pagi dengan muka mengantuk saya ke pasar karat di pekan Ipoh. Sampai aje saya di sana, puas saya berjalan dan memerhati barang2 yg di pamirkan….pehhhhhhhhhhh!!! dalam sinar mata yg mengantuk tu saya terlihat SEPEDA itu. Tanpa tunggu saya dekat dengan tuan punya SEPEDA TU, sambillllll bertanya…setelah kata putus saya terima, terus saya kandar basikal tu di belakang saya sambil menaiki motosikal. Terhuyong-hayang di buat nya. Tugas ini turut di tanggung oleh 2 orang kawan saya yg turut turun membantu saya (008 Fadir) dan (010 Mirul).

    p/s: BM sepeda tu kasi taruk beg kecil tambah cun ooo..

  6. Mr. GB,

    Memanglah kau pernah tengok sebab kau yang belikan untuk aku! Apaaa daaa….

    Insyaallah kita akan ada penyeri bila ada anak kecil turut serta berkayuh…boleh ajak adik Raudah (dari Muar) sekali nanti…taklah adik Ayu keseorangan.

    Pehhh…seksa gak kau nak angkut basikal sekecik tu jugak yer? Patutlah kau “invoice” aku extra (lebih)…sampai minta tolong 2 agent tambahan…aduhhh lain kali 2 agent cukup…ini 1 misi sampai 3 agent sekali terlibat!

    Basikal ini akan menjalani “make-over” tak lama lagie…Sdr. Sanim@KOTR kata nak bagi sepasang padel buatan England saiz kecil. Saya akan pasangkan lampu “Baby Lucifer” dan beg kecil kemudian…so tunggu penampilan istmewa Ayu bersama basikal “Winner Jr.”nya….tungguuuu.

  7. Salam… taniah bro ! tak sia -sia Mr GB keluak pagi g pasar karat. hasilnya cukup menarik….

  8. mantap pakcik sepeda nya cute sangat!! apakah keluaran british? produksi tahun berapa?
    salam kenal dan persahabatan. tersasar kemari saya setelah melihat2 info basikal di internet. ramai kawan2 malaysia ber-basikal tua ya? tetap semangat!

  9. Along Port Klang,
    Terima kasih Along…itu hasil intipan dan kesungguhan Mr. GB mencari dan mengenal-pasti basikal yang unik & rare…kat Ipoh/Perak banyak lagi boleh dapat.

    Leo,
    Terima kasih kerana mengunjungi blog saya Pak Leo. Saya di sini juga sentiasa mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat seluruh Nusantara…saya pasti Pak Leo juga meminati sepeda-sepeda tua/kuno.

    Semoga komunitas sepeda terus berkembang dan silaturahim terus bertambah erat walaupun apa pun yang berlaku di antara kedua negara. Seluruh komunitas di Malaysia menghargai nilai persahabatan dengan rakan-rakan di Indonesia yang telah sekian lama terjalin.

    Kepada Pak Leo dan teman-teman yang lain silakan mengunjugi blog2 sepeda di Malaysia…usah khuatir/bimbang…kami semua cintakan keamanan dan bijak serta rasional menilai apa yang telah berlaku.

    Menurut rakan yang menemukan sepeda ini…asalnya dari negara England…dan tahun pembuatannya sekitar tahun 50-60an (masih tidak dapat dipastikan)…kalau di Indonesia sepeda buatan Belanda amat popular tapi di Malaysia rata-rata sepedanya adalah keluaran British termasuklah sepeda yang dipaparkan ini.

    Salam persahabatan dari kami di sini (Kuala Lumpur, Malaysia). Terima kasih.

  10. tahah kpd adk ayu yang berjaya berpuasa penuh………arap pasni adk ayu akan menjad contoh kepada sahabat2 kecl dsa agar menjadkan ativiti mengumpul basikal antik sebagai hoB……….jangan peduli pe owang nak kata tntang adk ayu,yang penting adk apy…..bak kata pepatah sy “kalo takdo yang lamo xkan ado yang baru”heheheheheeheeeeeee……tahniah abg ikwan menjadi sumber inspirasi muda mudiiiiiii

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: