Koleksi peribadi aksesori basikal/sepeda tua


Salam Sejahtera buat semua ontelis dan rakan-rakan basikal/sepeda tua Nusantara.

Sebelum berlabuhnya tirai 2008, saya ingin berkongsi beberapa koleksi foto aksesori buat rakan-rakan sekalian. Koleksi kali ini adalah hasil dari buruan dan juga pemberian dari sahabat. Tahun 2008 merupakan tahun permulaan saya di dalam hobi ini dan saya masih baru serta masih lagi dalam belajar dan menimba ilmu. Saya bersyukur kerana bertemu dengan beberapa rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Blog NBT merupakan platform saya menimba ilmu dan saya amat-amat berterima kasih kepada Sdr. Sanim yang sudi menjadi Sifoo saya. Beliau seorang yang merendah diri tetapi sarat dengan ilmu serta tidak lokek berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Tidak lupa buat seorang lagi sahabat dari seberang Sdr. Alex yang tidak pernah jemu melayan email dan SMS dari saya. Justeru mengingatkan saya pada satu bidalan Melayu lama “Yang cerdik tempat bertanya…Yang pandai tempat berguru, Ketiadaan emas boleh dicari…Ketiadaan akal putus bicara, Tak beremas putus tali…Tak berakal tenggelam bumi”. Selamat menyambut tahun baru 2009. Semoga basikal tua terus hidop di bumi Malaya Merdeka! Salam Hormat – Mykyocera.

 

Sebahagian koleksi aksesori 2008

Sebahagian koleksi aksesori 2008

About these ads

25 Responses

  1. Selamat Tahun Baru juga untuk sahabat maya sealiran. Saya cukup bangga denga usaha saudara. Begitu juga dengan saya yang masih baru dalam bidang ini, saya juga masih tercari-cari accessories nie. Sudi kiranya jika saudar dapat berkongsi maklumat untuk dptkan accessories (NOS) nie. Terima Kasih

  2. Salam bro wah gempak giler barang-barang ni boleh bagi tau lubuk tak? Mana tau boleh kongsi2 barang. Apa pun bro beruntung dapat barang2 macam ni.

  3. Saye juga mengucapkan selamat tahun baru 2009, kalau dilihat dari foto-foto yang ditampilkan banyak sekali barang-barang tersebut yang masih bagus (tidak berkarat/cacat) apakah barang-barang tersebut didapat dari toko dalam kondisi baik/NOS?

  4. Selamat tahun baru 2009. Semoga koleksinya semakin bertambah di tahun mendatang. Salam dari Jogja.

  5. Sepeda Tua Johor Bahru & Budak_Mentah,
    Selamat datang ke blog BM saya ucapkan. Untuk mendapatkan aksesori-aksesori basikal tua saya akan cuba bantu untuk dapatkannya. Kebanyakan aksesori-aksesori masih boleh diperolehi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang serta di negeri saya di Melaka.

    Sektor2kemayoran,
    Terima kasih atas kunjugan kamu di blog saya. Moga silaturahim antara kita akan berterusan ke tahun2 seterusnya. Saya doakan ontelis2 di sana terus sukses. Untuk maklman kamu…kebanyakkan koleksi saya 80% NOS…kerana saya sedikit selektif di dalam mencari barang2 sepeda…bagi saya kos ngak jadi masalah janji hati puas.

    Sahidnugroho,
    Terima kasih juga buat kunjungan kamu ya…aku suka bangat sama kamu punya kostum…kareennn dong. Moga kamu juga terus sukses. :)

  6. Ada kemahuan disitu ada jalan.smoga 2009 akan bertambah rezeki lg.

  7. Salam,
    Kelab Basikal Tua Batu Berendam, Melaka… ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada pencinta gerek tua, mcm mana dengan di ambang tahun baru? tak bt kayuhan ke?..buat bro yg budiman, saya punya mana? lu kasi gua air liur meleleh je la…jgn mareeeeeeeeeee ah.

  8. orang biasa basikal tua,
    Betul saya sokong…saya juga doakan agar sdr. juga dimurahkan rezeki dan sentiasa di berkati olehNya di tahun2 mendatang.

    jebatmlk,
    hawawww kooo…bro. Jangan risau kalau ada rezeki tak ke mana…yang bulat x kan datang bergolek dan yg pipih x kan datang melayang…ko tunggu aku datang sana :) Rantai basikal tua aku pun dah berkarat dah lama x kayuh…aku nak kayuh naik “mountain bike” pakai helmet ngan baju ketat boleh ker?

  9. InsyaAllah, ada rezeki masing2 :)

  10. SELAMAT TAHUN BARU 2009, Semoga hobby in berkekalan n semoga tahun depan bisa lebih baik dan sukses buat km bro ( mykyocera ).

    And buat semua rekan-rekan Gerekers di Malaysia juga buat Ontelis di Indonesia HAPPY NEW YEAR 2009

  11. Alex,
    Aku mahu ucap terima kasih banyak2 kerana menjadi mentor aku..bro. Semoga persahabatan kita akan bisa berkekalan dan berharap akan menemui kamu lagi pada 2009 di Jakarta.

    Sukses buat semua peminat2 Wiwinaked (Wira-wiri) :)

  12. salam bro ikhwan,
    hari sabtu ni jgn lupa dtg mlk,jgn lupa ajak sanim sekali,abg rasid bsa turun mlk hari sabtu ni,kita sama blh pegi rmh bro izan ade kenduri kahwin.
    hang nak pakai baju ketat blh,x salah pun tapiiiiiiiiiii
    kena duk kt taman bunga leeeeeeeeeeeee,siap dgn mekap sekali k

  13. Salam! Tuan! saya ada sebuah Raleigh Rajah dirumah. Adakah model ini bernilai pada masa ini. Kondisi masih baik. Basikal ini saya perolehi dari atuk saya, setelah puas saya idamkan sejak dari kecil. Sekarang atuk dah 5 tahun meninggal!

  14. Manteb tuh koleksinya, ngemeng2 dapet darimana ?apa barang old new stok alias stok lama?

  15. Salam Tuan! Saya juga ada sebuah basikal ni..kalau senang jengok lah blog saya. Saya ada upload beberapa keping gambar basikal saya. Sila beri komen!

    http://jeng3x.blogspot.com/

  16. Selamat datang kepada Bangsolkau dan Onthelholic ke blog BM (basikal malaya).

    Bangsolkau,
    Tahniah kerana memliki sebuah basikal Raleigh yang masih cantik dan untuk perincian mengenai basikal saudara, saya pasti ramai rakan2 yang akan berikan pandangan mereka nanti. Apa no. siri basikal itu?

    Onthelholic,
    Ya NOS (new old stok) itu adalah stok barang2 lama yang masih mulus tidak pernah diguna lagi. Umumnya barang lama yang kelihatan baru kerana masih terjaga rapi.

  17. selamat tahun baru 2009, cantik nian koleksinya.. semoga tambah banyak koleksinya..sukses selalu..

  18. bro,

    jual ker stand tur …?

  19. Orang pinggiran,
    Selamat tahun baru juga buat kamu dan komunitas sepeda di sana…insyaallah kalau dimurahkan rezeki pada tahun ini pasti akan bertambah koleksi yang ada.

    Mat Tahir,
    Taklah bro NFS (not for sale). Aku sekarang guna sistem barter heheeee…kalau ada extra baru juan :)

  20. KOLEKSI ENCIK SUNGGUH CANTIK NIAN.AWAK DARI MALANG, JAWATIMUR, INDONESIA SUNGGUH SANGAT TERTARIK.APAKAH TIDAK ADA NIAT UNTUK DI JUAL KEPADA AWAK BARANG SATU AJA KOLEKSI ENCIK (LAMPU & DINAMO LUCAS)

  21. Yuhuu…rasenyer x terlambat lg kot nak ucap selamat tahun baru..berbalik pada pertandinagn basikal antik D’ Ambang Klasik ari tu, actually basikal antik tunang syieda dapat tempat ke-2 dlm pertandingan tu…nanti senang-senang syieda send gambar basikal tu ek..anyway,memang happy n sporting r sume peserta.

  22. cantik cantik belaka koleksi tuan punya aksesori2 tersebut, macam mana ek boleh dapat byk aksesori yg rare seperti tu. kenapa saya tanya semua kedai basikal barang2 seperti ni sudah tiada hehehehe diorang simpan ke barang2 rare ni.

  23. Kebanyakkan aksesori ini masih ada, terpulang bagaimana usaha mendapatkannya. Adakala bernasib baik mendapat harga yang murah dan adakalanya mahal bergantung kepada kesungguhan kita. Saya juga baru sahaja menceburi hobi ini selama 2 tahun dan agak terlewat. Namun atas kesungguhan dan minat mendalam pencarian telah berhasil. Walaupun barang-barang yang di perolehi barang2 second hand saya tetap berpuas hati. Mudah2an saudara ajid akan memperolehi kesabaran dan kesungguhan untuk mencari barang-barang basikal lama ini.

  24. Om Admin,

    sekiranya http://www.sadiasada.wordpress.com
    bisa di link kan ke blog ini,
    sebagai alternatif acuan accesories basikalnya… :)

    suwun,

    _semua sesuatu_
    http://www.sadiasada.wordpress.com

  25. talipon ada tak.lokasi?

    Jawapan : Tengok kat contact…semua ada – mykyocera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: